• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum

oleh Mohd Arshad
14/10/2025
dalam Jenayah
0
Reban Ayam Jadi ‘Makmal’ Ketum
Share on FacebookShare on Twitter

Ranau: Taktik seorang lelaki menjadikan reban ayam sebagai tempat memproses air ketum terbongkar selepas diserbu sepasukan polis di Kampung Dumpiring, Kundasang, di sini, semalam.

Suspek berusia 44 tahun itu ditahan pada 2 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau selepas polis menerima maklumat berkaitan kegiatan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, hasil pemeriksaan di reban berkenaan menemukan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk memproses air ketum.

“Antara barangan yang dirampas ialah satu besen biru berisi 24 botol plastik disyaki air ketum, satu periuk aluminium, dua dapur masak, satu tong gas, satu kaki dapur besi serta 12 liter lagi cecair ketum.

“Pasukan serbuan turut menemukan satu bungkusan plastik lut sinar mengandungi satu kilogram serbuk ketum dan satu kotak polisterin di kawasan stor di belakang rumah suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, semua barang kes dirampas untuk siasatan lanjut, manakala suspek yang tidak bekerja itu dibawa ke pejabat BSJN IPD Ranau untuk tindakan susulan.

“Soal siasat turut dilakukan bagi mengesan rangkaian pengedaran serta sumber bekalan daun ketum.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki dan memproses bahan larangan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, beliau berkata polis turut menjalankan pemeriksaan di tiga premis pusat hiburan di daerah ini, malam tadi bagi tujuan pencegahan jenayah dan penguatkuasaan lesen hiburan.

“Pemeriksaan keseluruhan seramai 23 pelanggan serta tiga penjaga premis dan semua pekerja dan pelanggan memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, dan tiada sebarang barang salah atau individu dikehendaki ditemukan.

“Tiada tangkapan atau rampasan dilakukan dalam operasi yang dijalankan antara jam 9.30 hingga 10.37 malam itu, yang bertujuan memastikan semua pusat hiburan mematuhi undang-undang serta beroperasi dengan teratur,” katanya.

-Harian Metro

Tags: ketumMakmal Ketumreban ayam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Rampas 700kg Ketum

ATM Rampas 700kg Ketum

23/06/2024
0

Kuala Nerang : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke...

Suspek Seludup Ketum Direman Empat Hari

Suspek Seludup Ketum Direman Empat Hari

23/02/2023
0

Jitra : Dua lelaki yang ditahan ketika cuba menyeludup daun ketum di Kampung Sungai Kecil, Kuala Nerang semalam, direman empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd