• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Shanghai Diusir Keluar Dari Rumah

oleh Mohd Arshad
17/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI : Satu rakaman video menunjukkan penduduk tempatan sedang bergelut dengan polis berpakaian sut pelindung diri (PPE) yang mengarahkan mereka menyerahkan rumah untuk dijadikan sebagai pusat kuarantin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tindakan itu secara tidak langsung meningkatkan rasa tidak puas hati penduduk Shanghai terhadap dasar sifar Covid-19 yang diperkenalkan China.

Shanghai, sebuah bandar raya yang mempunyai 25 juta penduduk dan hab kewangan utama China, berdepan dengan peningkatan kes Covid-19 sejak permulaan pandemik dua tahun lalu.

Angka jangkitan harian Covid-19 dilaporkan melebihi 20,000 kes.

Lapor The Guardian, video tular dalam media sosial menunjukkan penduduk di luar pekarangan kediaman mereka menjerit ke arah pegawai polis yang cuba menembusi barisan mereka.

Dalam satu rakaman video, polis dilihat melakukan beberapa penahanan kerana penduduk menuduh mereka memukul orang.

Jeritan kuat dan suara tangisan kedengaran latar belakang video tersebut.

Menurut pemaju kompleks perumahan, Zhangjiang Group, insiden itu tercetus apabila pihak berkuasa mengarahkan 39 isi rumah berpindah keluar dari rumah mereka untuk menempatkan pesakit Covid-19 di kediaman tersebut.

“Pihak berkuasa mendakwa tindakan itu bagi ‘memenuhi keperluan langkah pencegahan dan kawalan pandemik’,” jelasnya.

Tambah Zhangjiang Group, pihaknya sudah membayar pampasan kepada penduduk yang menyewa dan memindahkan mereka ke unit lain di kawasan perumahan sama.

Sementara itu, seorang penduduk mengecam arahan pihak berkuasa berkenaan dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

“Kami tidak sangka perkara seperti ini boleh berlaku di Shanghai.

“Birokrat di Shanghai harus berasa malu dengan situasi yang berlaku di bandar sejak kebelakangan ini,” kata seorang penduduk di kawasan tersebut.

-Utusan Online

Tags: diusirpendudukShanghai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hakim Sebak Jatuh Hukum Ibu, Teman Dera Kanak-kanak

Satu Bilion Penduduk Berpindah Secara Rela Atau Paksa – WHO

01/11/2023
0

GENEVA: Kira-kira satu bilion penduduk di seluruh dunia ketika ini meninggalkan kediaman masing-masing sama ada secara rela atau terpaksa. IKUTI...

Paip Air Tandak Penduduk Terdedah Risiko Cerun Runtuh

Paip Air Tandak Penduduk Terdedah Risiko Cerun Runtuh

20/02/2023
0

GUA MUSANG : Lebih 200 pemilik kebun sekitar Tanah Tinggi Lojing di sini, diminta menjaga sistem perpaipan yang menyalurkan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd