• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Klang Pertimbang Saman K’jaan Isu Banjir – MP

oleh AK-47
03/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Penduduk Klang di Selangor mempertimbangak untuk saman kerajaan kerana didakwa cuai dalam penguruskan bencana ketika kejadian pada banjir Disember lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago mendakwa, pada awal kejadian banjir, pegawai kerajaan tidak ditemui di mana-mana, menyebabkan orang ramai tiada pilihan selain membantu sesama sendiri.

“Negara mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga hak serta kepentingan rakyatnya. Bagaimanapun, semasa banjir, hampir tidak ada sistem amaran awal atau usaha bantuan banjir yang cekap untuk membantu individu dan masyarakat yang terdedah.

“Malah, pegawai kerajaan hilang dalam tiga hingga empat hari pertama, dan orang ramai mengambil tanggungjawab untuk mengatur pengagihan makanan dan misi menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ia antara perkara yang dibincangkan dalam seminar perubahan iklim bertajuk “Kesan perubahan iklim terhadap kawasan pantai seperti Klang” anjuran pejabat ahli parlimen Klang, semalam.

Charles menambah peserta juga membangkitkan keperluan sistem saliran dan pengairan baru di Klang dengan melebarkan dan mendalamkan sungai bagi menampung pergerakan air melalui sungai secara berperingkat.

“Dengan cara ini, perancang mengelak membangunkan saliran khusus untuk kawasan perumahan setempat, tetapi membenarkan pergerakan air antara beberapa kawasan sebelum ia mengalir ke sungai,” tambah Charles.

Sementara itu antara perakara yang menarik daripada seminar tersebut ialah pasukan bantuan bencana bagi menggantikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menurut Charles, usaha bantuan dan pemulihan banjir negara adalah di bawah arahan Majlis Keselamatan Negara nombor 20 yang hanya menggunakan lapan undang-undang dan peraturan semasa berlakunya bencana.

Katanya, pasukan bantuan bencana yang dicadangkan memerlukan aspek perundangan yang komprehensif untuk menyatukan pelbagai undang-undang dan peraturan, termasuk dasar dan program bagi mengurangkan risiko berkaitan banjir.

“Kerajaan perlu mempertimbangkan penubuhan pasukan bantuan bencana, yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan tentera udara yang boleh dikerahkan apabila berhadapan dengan bencana.

“Kos untuk menyediakan pasukan ini tidak tinggi kerana ia datang daripada pasukan keselamatan dan pertahanan sedia ada.

“Usaha seperti ini akan membantu memudahkan penempatan tentera dalam masa yang singkat dan menggerakkan peralatan untuk tujuan bantuan,” katanya.

Tambanya lagi, beberapa kawasan di Klang telah mengalami banjir kira-kira lima kali dalam tempoh enam bulan lepas, selain kejadian tanah runtuh juga kerap berlaku di seluruh negara juga.

Justeru dia meminta kerajaan bertindak segera sebelum satu lagi bencana banjir melanda.

-Malaysia Kini

Tags: BanjirklangPenduduk Klangsaman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Kekurangan Pekerja Industri Automotif Perlukan Penyelesaian Segera

Next Post

Jenayah Menyamar Rakan Pinjam Duit

Related Posts

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petronas Tangguh Saman Petros

28/04/2025
0

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menangguhkan prosiding saman pemula Petroleum Sarawak...

Next Post

Jenayah Menyamar Rakan Pinjam Duit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd