Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Newcastle Beri P’hormatan Kepada...

NEWCASTLE - Pengurus Newcastle United, Alan Pardew dan kapten pasukan, Fabricio Coloccini antara...

Negeri Sembilan Mungkin Bubar...

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan akan melihat sama ada pembubaran Dewan...

Penjara 12 Tahun: Rayuan...

KUALA LUMPUR: Rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali kerana mengabai dan...

Dividen KWSP Tinggi Bukan...

PUTRAJAYA – Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Simpanan Konvensional 2017,...

Isu HRD Corp: SPRM Tubuh Pasukan Khas

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan satu pasukan khas berhubung isu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya telah menerima laporan audit yang dikemukakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Menurutnya, berasaskan laporan audit tersebut, SPRM telah mengenal pasti beberapa isu yang memerlukan dokumen dan keterangan daripada pihak yang terlibat.

“Antaranya isu pelaburan, pengurusan dana dan latihan, pembelian harta dan sebagainya.

“Oleh itu, satu pasukan khas telah dibentuk dan beberapa kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan di bawah Seksyen 18 serta Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan penyiasat juga akan pergi ke kementerian terbabit dan HRDC bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan, pada Selasa depan.


Jelasnya, beberapa individu telah dikenal pasti dan akan diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Khamis, mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu.

Berikutan itu, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mengarahkan Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood membuat laporan kepada SPRM selaras dengan syor Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi di dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Steven Sim menegaskan kementeriannya tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang bertentangan dengan undang-undang.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori