• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Akhirnya Berjaya Ditawan Mahathir, Mahiaddin?

oleh AK-47
02/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad memaklumkan PAS tidak tahu mengenai perjumpaan antara Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Bersatu, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurutnya, PAS belum mengadakan sebarang perbincangan berhubung cadangan Bersatu untuk bekerjasama dengan Pejuang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula mendakwa sebaliknya iaitu PAS turut dimaklumkan mengenai perkara itu dan menyambut baik perjumpaan berkenaan.

Malah, kata Abdul Hadi, PAS bersikap terbuka terhadap mana-mana parti yang menerima konsep dan perjuangan PAS termasuk Mahathir dan parti Pejuangnya.

“Ya, dengan siapa sahaja, kita jumpa… akan diaturkan. Insha Allah dengan semua untuk menyatukan ummah,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menyampaikan Kuliah Mingguan di Masjid Rusila semalam.

Kesimpulan daripada perkembangan terbaru ini adalah PAS akhirnya telah berjaya diperangkap dan ditawan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin.

Kedua-dua mereka barangkali sudah lama merancang untuk “hijack” dan seterusnya menjahamkan Muafakat Nasional (MN) antara PAS dan UMNO.

Malangnya, sebahagian besar ahli PAS dan pimpinannya yang lalai, gagal membaca politik Mahathir dan Mahiaddin yang sentiasa licik.

Apa pun Mahathir dan Mahiaddin perlu berterima kasih kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana membantu menjayakan agenda mereka.

Kini parti Pejuang dan Bersatu yang kekurangan jentera akar umbi akan dapat memperkudakan ahli PAS sebagai jentera mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ceritanya mudah saja. Selepas MN dibentuk, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dianggotai Mahathir dan Mahiaddin dilihat sudah tiada masa depan.

Maka Mahathir dan Mahiaddin perlu mencari jalan untuk merosakkan MN bagi memastikan UMNO tidak bangkit bersama PAS dibawah MN walaupun terpaksa meninggalkan PH.

-Mynewshub

Tags: Muhyiddin YassinPASTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mencadangkan formula perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO sebagai langkah merealisasikan penyatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd