• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negatif Covid-19 Hari Ke-4, Boleh Lepas Pengasingan

oleh Mohd Arshad
27/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Bermula 1 Mei, individu positif Covid-19 boleh dilepaskan daripada pengasingan sekiranya ujian RTK Antigen pada hari keempat yang diselia oleh pengamal perubatan menunjukkan keputusan negatif.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun jika keputusan ujian masih positif, individu tersebut perlu melengkapkan tempoh pengasingan tujuh tujuh hari.

Katanya, ujian tersebut hendaklah dilakukan menggunakan RTK-antigen kendiri dengan penyeliaan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), sama ada secara fizikal ataupun secara maya (virtual).

“Keputusan ujian tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam sistem eCOVID oleh pengamal perubatan bagi memastikan integrasi data dengan aplikasi MySejahtera dapat berlaku dalam tempoh kurang daripada satu jam, agar individu tersebut segera mendapat perintah pelepasan daripada pengasingan apabila keputusan ujian pengesanan tersebut negatif Covid-19.

“Sekiranya individu tidak memilih untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19, maka pelepasan diberikan secara automatik setelah menjalani pengasingan selama tujuh hari,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam masa sama, Khairy berkata, kemasukan individu ke mana-mana premis adalah dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Ujarnya lagi, individu yang tidak dibenarkan masuk ke premis adalah yang positif Covid-19 walaupun mempunyai status vaksinasi lengkap serta individu dalam tempoh Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) termasuk pengembara tanpa vaksinasi lengkap yang baru tiba di Malaysia.

UtusanOnline-

Tags: Covid-19eCOVID
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd