• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mutasi Omicron Digelar XE Lebih Mudah Berjangkit

oleh Mohd Arshad
04/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA, SWITZERLAND – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran terhadap satu mutasi baharu varian Omicron digelar XE, yang dijangka lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian Covid-19, lapor akhbar Times of India kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

WHO menerusi laporan terbaharunya berkata, varian tersebut merupakan gabungan mutasi hibrid dua versi terdahulu bagi Omicron iaitu BA.1 dan BA.2.

“Mutasi yang baru dikenal pasti ini diramal kira-kira 10 peratus lebih mudah berjangkit berbanding sub-varian BA.2, namun kami masih perlu membuat kajian lanjut bagi mengsahkan perkara ini,” kata agensi tersebut dalam laporan yang diterbitkan awal minggu ini.

Buat masa ini, sub-varian Omicron, BA.2 menular di seluruh dunia dengan menjadi varian paling mudah berjangkit di kebanyakan negara.

“Varian XE (gabungan BA.2 dan BA.2) ini mula dikesan di Britain pada 19 Januari lalu dan sejak itu, kurang 600 kes susulan dilaporkan,” ujarnya.

Tambah WHO, sehingga ciri-ciri penting seperti kesan terhadap pesakit dan jangkitan dapat dikenal pasti dalam mutasi XE, ia akan terus diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada varian Omicron.

Sementara itu, Agensi Keselamatan Kesihatan Britain berkata, terdapat tiga mutasi gabungan yang kini menular di seluruh dunia iaitu XD, XE dan XF.

Bagi XD, ia merupakan hibrid bagi varian Delta dan sub-varian BA.1, yang telah dikesan di Perancis, Denmark dan Belgium.

Mutasi XE pula adalah hibrid bagi sub-varian BA.1 dan BA.2 yang ditemui di Britain, manakala mutasi XF merupakan satu lagi hibrid Delta dan BA.1.

Ia ditemui di Britain namun tidak pernah dikesan lagi sejak 15 Februari.

-Kosmo Online

Tags: Covid-19Mutasi OmicronVarian XE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd