• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid Sekolah Rendah Dibenar Hadir Ke Sekolah Tanpa Penggiliran Mulai 17 April

oleh AK-47
08/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Murid sekolah rendah di seluruh negara tidak lagi perlu hadir ke sekolah secara penggiliran bermula 17 April ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi rakaman video di Facebook, hari ini.

Radzi berkata, Kementerian Pendidikan menetapkan murid sekolah rendah dibenarkan hadir ke sekolah tanpa penggiliran bermula 17 April bagi negeri-negeri Kumpulan A dan 18 April bagi sekolah di negeri-negeri Kumpulan B.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat kelancaran sesi persekolahan secara bersemuka bagi sekolah rendah sejak 21 Mac lalu.

“Apa yang penting, saya nasihatkan murid-murid dan guru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

“Walaupun kita sedang bergerak dari Fasa Peralihan ke Endemik namun, kita masih perlu mengekalkan SOP yang telah ditetapkan khususnya apabila semua murid hadir ke sekolah tanpa penggiliran kelak,” katanya.

Katanya, beliau memohon jasa baik ibu bapa supaya sentiasa mengingatkan anak-anak supaya kepatuhan kepada SOP itu satu keutamaan.

Kementerian Pendidikan sebelum ini menetapkan murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 akan hadir ke sekolah secara penggiliran terutama bagi jumlah murid di sekolah melebihi 600 orang.

Bagi sekolah rendah yang jumlah muridnya di bawah 600 orang pula, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah swasta perlu hadir tanpa penggiliran.

UtusanOnline-

Tags: PenggiliranRadzi Jidinsekolah rendah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemasukan Murid Ke Sekolah Rendah Tahun Ini Capai 99 Peratus – Fadhlina

Kemasukan Murid Ke Sekolah Rendah Tahun Ini Capai 99 Peratus – Fadhlina

12/03/2024
0

SEREMBAN: Transformasi pendidikan dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) terus terserlah apabila mendapati bilangan kemasukan murid ke sekolah terus meningkat tahun ini....

SPAN Pinda Akta 655, Cadang Larang Air Diguna Tujuan Tidak Penting

Radzi Jidin Mungkin Dipanggil SPRM Minggu Hadapan

26/09/2023
0

PETALING JAYA: Beberapa dokumen telah dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd