Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Kajian Terowong Dasar Laut...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang menjangkakan kajian kebolehlaksanaan bagi projek pembinaan terowong...

Jemaah Haji Malaysia Hilang...

MAKKAH - Dua jemaah haji Malaysia yang hilang dalam kejadian kren runtuh pada...

Pahang Jumpa Kedah Pada...

SHAH ALAM - Juara bertahan, Pahang mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Malaysia...

Gunung Berapi Mungkin Ranapkan...

Jepun - Jepun mungkin musnah sama sekali akibat letusan gunung berapi pada abad...

Radzi Jidin Mungkin Dipanggil SPRM Minggu Hadapan

PETALING JAYA: Beberapa dokumen telah dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Satu sumber mendedahkan, keterangan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkemungkinan diambil minggu hadapan.

“Dokumen itu dirampas susulan penahanan bekas setiausaha politik bekas menteri kanan itu.

“Individu terbabit bersama seorang lagi lelaki berusia 50-an yang juga pemilik sebuah syarikat bagaimana dibebas hari ini dan tidak disambung reman,” katanya di sini.

Terdahulu, seorang bekas setiausaha politik bekas menteri kanan antara dua SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek bernilai RM80 juta.


Sumber berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 50-an yang juga pemilik sebuah syarikat ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya sebelum ini mengesahkan penahanan terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Susulan itu, Radzi dalam satu kenyataan menafikan terbabit dalam sebarang dakwaan berkaitan siasatan rasuah ke atas satu projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah membabitkan lebih RM80 juta.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori