• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muktamad, Kerjasama PAS-PH Tidak Akan Berulang – Abdul Hadi

oleh Mohd Arshad
22/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG : Pas memuktamadkan tidak akan membentuk kerjasama baharu dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk menerusi pendekatan khemah besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Abdul Hadi Awang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Presiden Pas itu berkata, hubungan kerjasama antara mereka sudah lama berakhir dan tidak akan sesekali berulang lagi.

Kata Abdul Hadi, Pas konsisten dengan pendirian mendukung dan memperkuatkan kerajaan Persekutuan yang diterajui bersama Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

“Kita sudah bekerjasama lama dulu, cukuplah masa itu sahaja.

“Tiada kerjasama dengan mereka (PH), sebab dalam berpolitik ini biasanya kerjasama tidak berulang,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menegaskan, pendekatan khemah besar tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti kerajaan sama ada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas.

Sebaliknya, menurut Mohamad, khemah besar yang dimaksudkan adalah soal penyatuan dan kerjasama parti-parti pembangkang bagi menghadapi PRU15.

Kenyataan itu senada dengan DAP yang kekal menutup pintu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas selepas tidak mempercayai kepemimpinan kedua-duanya yang didakwa bersikap tikam belakang dan berdolak-dalik.

Bagaimanapun, semalam, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa kepemimpinan PH agar tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang menjelang PRU15.

Katanya, langkah kerjasama dalam inisiatif khemah besar itu penting bagi memastikan blok pembangkang dapat berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara satu lawan satu.

-Utusan Online

Tags: Kerajasama PAS-PHPASPAS-PHPH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Tidak Wajar Anggap Kuasa Pengampunan Sebagai ‘Mengatasi Undang-Undang’ – Azalina

PH Tidak Wajar Anggap Kuasa Pengampunan Sebagai ‘Mengatasi Undang-Undang’ – Azalina

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan pelaksanaan kuasa pengampunan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan...

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd