• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muat Naik Foto, Video Pesalah Lalu Lintas Di E-Aduan@JPJ

oleh AK-47
24/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI KEMBANGAN – Pengguna jalan boleh membuat aduan berkaitan kesalahan jalan raya dengan memuat naik gambar atau video rakaman menerusi aplikasi telefon pintar JPJ info.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Aduan boleh disalurkan menerusi bahagian e-Aduan@JPJ iaitu sebahagian daripada ciri-ciri antara muka yang terdapat di dalam aplikasi JPJ info yang boleh dimuat turun dari gedung Play Store untuk peranti android atau Apple Store bagi pengguna Apple iPhone.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, rakyat disaran menjadi mata dan telinga JPJ dengan menyalurkan aduan pesalah lalu lintas menerusi e-Aduan@JPJ tersebut.

“Untuk memudahkan lagi siasatan dan tindakan terhadap pesalah trafik, pengguna perlu memastikan sistem kedudukan global (GPS) diaktifkan. Pastikan aduan tersebut lengkap bersama masa dan tarikh kejadian. Lampirkan sekali gambar atau video,” katanya ketika ditemui di Plaza Tol Sungai Besi arah selatan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena program advokasi keselamatan penunggang motosikal, Pra Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 sebelum ops tersebut secara rasminya dikuatkuasakan bermula 29 April hingga 8 Mei.

Lokman berkata, Ops HRA mengambil pendekatan advokasi dan penguatkuasaan dengan memastikan keselamatan persekitaran jalan raya di Malaysia dipertingkatkan sekali gus menurunkan kadar kemalangan sebagai objektif utama.

“Pendekatan yang digunakan ini juga selari dengan objektif penguatkuasaan JPJ untuk meningkatkan ‘perception of being caught’ (POBC) atau kebolehlihatan penguatkuasaan bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang jalan raya.

“Aktiviti yang dijalankan pada malam ini merupakan program penguatkuasaan pra Hari Raya Aidilfitri iaitu menyampaikan advokasi kepada penunggang motosikal yang merupakan penyumbang nahas kemalangan jalan raya yang tertinggi setiap tahun,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: aduanE-Aduan@JPJpesalah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Proses Penamaan Calon Catat Sejarah, Lancar Tanpa Sebarang Aduan

PRN Sabah: Proses Penamaan Calon Catat Sejarah, Lancar Tanpa Sebarang Aduan

15/11/2025
0

KOTA KINABALU: Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan di 25 lokasi di seluruh negeri hari ini...

MCMC Belum Terima Aduan Kandungan Video, Parodi Kaitkan GISBH

MCMC Belum Terima Aduan Kandungan Video, Parodi Kaitkan GISBH

25/09/2024
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak menerima sebarang aduan berkaitan kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd