• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moped, Skuter Elektrik Dilarang Atas Jalan Raya, Kata Menteri

oleh Mohd Arshad
26/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan sekali lagi menegaskan bahawa penggunaan kenderaan mikromobiliti termasuk skuter elektrik dilarang sama sekali atas jalan raya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menterinya, Wee Ka Siong berkata, larangan itu selaras pewartaan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021, yang berkuat kuasa 17 Dis tahun lalu.

Katanya, antara jenis kenderaan mikromobiliti yang dilarang adalah Moped; personal mobiliti devices termasuk skuter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman atau kuasa manusia; dan personal mobiliti aids (PMA).

Bagaimanapun katanya, penggunaan basikal dibolehkan atas jalan raya.

“Walaupun tidak dilarang, penggunaan basikal hendaklah mematuhi semua peraturan ditetapkan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Bagi basikal dengan bantuan kuasa elektrik (basikal elektrik), hanya yang memenuhi spesifikasi Malaysia Standard, MS2514: Electric Bicycles (Electric Pedal Assisted Bicycles) Specification sahaja dibenarkan digunakan atas jalan raya dengan mematuhi peraturan sama seperti ditetapkan kepada penggunaan basikal,” katanya dalam kenyataan.

“Selain mematuhi spesifikasi MS2514, ciri-ciri utama basikal elektrik (bertujuan membezakan dengan moped) adalah tidak mempunyai pendikit (throttle) dan mempunyai pedal bagi kayuhan yang dipasang secara kekal di badan kenderaan.”

Wee berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis akan mula menguatkuasakan perintah larangan itu demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan orang ramai sebagai pengguna jalan raya.

Katanya, individu didapati menggunakan kenderaan mikromobiliti tertentu yang dilarang di atas jalan raya adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai dinasihatkan mematuhi semua larangan dan peraturan jalan raya demi kebaikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat,” katanya.

Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa bersama mengawal selia penggunaan kenderaan berkenaan dalam kawasan tadbir masing-masing.

“Dalam hal ini, pihak berkuasa berkenaan boleh membangunkan infrastruktur jalan khusus yang menyokong penggunaan kenderaan mikromobiliti yang selamat (seperti laluan basikal) yang tidak bercampur dengan aliran trafik sedia ada,” katanya.

FreeMalaysiaToday-

Tags: Jalan RayalarangmopedSkuter Elektrik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 4 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Ke Perak Sempena Aidilfitri

Next Post

Tempat Pelupusan Mercun Di Sentul Terbakar

Related Posts

Skuter Elektrik Akan Digunakan Dalam Rondaan Polis Di KLIA

Skuter Elektrik Akan Digunakan Dalam Rondaan Polis Di KLIA

15/04/2024
0

SEPANG: Polis mencadangkan kepada pengurusan Malaysia Airports Berhad supaya mengkaji semula kawalan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

13 Motosikal, Empat Skuter Elektrik Musnah Terbakar Di KLCC

13 Motosikal, Empat Skuter Elektrik Musnah Terbakar Di KLCC

13/04/2023
0

PETALING JAYA: Sebanyak 13 motosikal dan empat skuter elektrik hangus terbakar dalam kejadian di tempat parkir pusat belah-belah Suria KLCC...

Next Post

Tempat Pelupusan Mercun Di Sentul Terbakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd