• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohammad Azlan Dilantik Jadi Pengerusi Sapura Energy

oleh Mohd Arshad
29/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Mohammad Azlan Abdullah sebagai pengerusi, berkuat kuasa 7 Mei 2022.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Sapura Energy berkata Mohammad Azlan menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, yang bersara pada hari sama, sebaik mencapai usia 70 tahun.

Mohammad Azlan, 54, mula dilantik ke dalam Lembaga Pengarah Sapura Energy sebagai pengarah bukan eksekutif bukan bebas pada 1 Oktober 2019.

Beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sejak 1 Mac 2017.

Sebelum itu, beliau adalah CEO The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP)

Mohammad Azlan memegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan) daripada Tasmania, Australia dan juga Felo Certified Practising Accountant (CPA) Australia, selain akauntan bertauliah dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Shamsul Azhar, yang dilantik sebagai pengerusi Sapura Energy pada Julai 2020, mengetuai PETRONAS sebagai presiden dan CEO dari 2010 hingga 2015.

Bernama-

Tags: Mohammad Azlan AbdullahpengerusiSapura Energy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

Siasatan ‘Ganjaran’ Sapura: SPRM Siasat Tan Sri, Beku 83 Akaun Babitkan Lebih RM158.26 Juta

08/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram yang...

Sapura Energy Peroleh Penyambungan Kontrak RM580 Juta Di Brazil

Sapura Energy Peroleh Penyambungan Kontrak RM580 Juta Di Brazil

02/08/2022
0

KUALA LUMPUR - Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd