• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tetapkan 12 Mei Untuk Sebutan Kes Rasuah Rosmah

oleh AK-47
05/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 12 Mei untuk sebutan kes rasuah Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Hakim Mohamed Zaini Mazlan juga menetapkan bahawa pada hari berkenaan, satu lagi tarikh akan ditetapkan bagi menyampaikan keputusan berhubung kes rasuah terhadap isteri bekas perdana menteri, Najib Razak itu.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn mengesahkan demikian pagi ini.

Pada asalanya, hari ini sepatutnya ditetapkan untuk penghujahan lisan peringkat pembelaan bagi kes rasuah ke atas Rosmah.

Bagaimanapun, mahkamah dilapangkan hari ini kerana pihak pendakwaan memerlukan lebih masa untuk memfailkan jawapan lanjut kepada hujahan bertulis daripada peguam Rosmah.

Ketika dihubungi pagi ini, Poh mengesahkan pengosongan penghujahan lisan itu.

“Pihak pendakwaan sedang mencari tarikh lain untuk memfailkan hujahan sebagai jawapan (kepada hujahan peguam Rosmah).

“Permohonan (untuk menangguhkan hujahan lisan hari ini untuk memberi masa kepada pihak pendakwaan memfailkan hujahan lanjut sebagai jawapan) dibenarkan (dan mahkamah menetapkan) 22 April ini, untuk kami (pendakwaan) memfailkan hujahan itu.

“Pihak pembelaan perlu memfailkan jawapan mereka (jika ada kepada hujahan jawapan pihak pendakwaan) pada atau sebelum 12 Mei,” kata Poh.

Tambah pendakwa raya itu, mahkamah juga menetapkan sebutan kes pada 12 Mei nanti kepada tarikh lain untuk menyampaikan penghakiman sama ada Rosmah akan bebas atau disabitkan dan dijatuhkan hukuman berhubung kes rasuah solar tersebut.

Pada 23 Feb, pasukan pembelaan Rosmah menutup kesnya.

Rosmah berdepan tiga perrtuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa meminta rasuah RM187.5 juta daripada Jepak Holdings Sdn Bhd untuk membantu mendapatkan projek Kementerian Pendidikan.

Projek bernilai RM1.25 bilion itu bertujuan membekalkan tenaga kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak menggunakan gabungan tenaga solar dan diesel.

Dalam pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa menerima rasuah RM1.5 juta dan RM5 juta sebagai ganjaran untuk memastikan projek itu dianugerahkan kepada Jepak Holding.

Pada 18 Feb tahun lepas, mahkamah memerintahkan Rosmah membela diri, setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Sebanyak 25 saksi telah memberi keterangan sepanjang perbicaraan ini, dengan 23 daripada mereka adalah saksi pihak pendakwaan dan dua saksi pembelaan, termasuk Rosmah sendiri memberi keterangan dari kandang saksi.

Rosmah juga berdepan dengan kes pengubahan wang haram RM7 juta dan pengelakan cukai yang belum selesai dibicarakan sepenuhnya.

-Malaysia Kini

Tags: Kes Rasuah Rosmahmahkamahrasuahrosmah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd