Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Tewas Kepada Indonesia, Jurulatih...

SINGAPURA - Jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun Singapura, Aide Iskandar Sahak...

USIM Tuan Rumah Konvensyen...

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menjadi tuan rumah Konvensyen Kumpulan...

Takrif Semula Pendapatan B40,...

KUALA LUMPUR: MARA mencadangkan isu pentakrifan semula kategori pendapatan B40, M40 dan T20...

SapuraKencana Petroleum Peroleh Kontrak...

KUALA LUMPUR - SapuraKencana Petroleum Bhd memperoleh tiga kontrak baru berkaitan dengan kejuruteraan...

Mahkamah Pakistan Tangguh Perbicaraan Kes Perdana Menteri Bubar Parlimen

ISLAMABAD: Mahkamah tertinggi Pakistan hari ini menangguhkan perbicaraan kes mempertikaikan kesahihan tindakan Perdana Menteri, Imran Khan, menyekat cubaan parti pembangkang untuk menyingkirkannya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Khan yang juga bekas bintang kriket, hilang majoriti di Parlimen minggu lalu, selepas pihak pembangkang berjaya mengumpul sokongan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya yang sepatutnya diadakan semalam.

Bagaimanapun, timbalan Speaker yang juga anggota parti Khan, menolak usul itu, sekali gus mengelakkannya kalah teruk, dengan alasan ia adalah konspirasi kuasa asing dan tidak berperlembagaan.

Apapun keputusan Mahkamah Agung, Pakistan akan tetap mengadakan pilihan raya sebelum tamat sidang Parlimen sedia ada dan perdana menteri baharu akan dilantik menjelang 2023.

Sekiranya keputusan berpihak kepada Khan, undi akan diadakan dalam tempoh 90 hari dan pihak pembangkang juga mahu pilihan raya diadakan lebih awal.


Ketua pembangkang, Shehbaz Sharif, menggelar tindakan menghalang undi itu sebagai perbuatan mengkhianati negara.

Khan turut membubarkan Kabinet dan mahu pilihan raya diadakan dalam tempoh 90 hari, walaupun keputusan itu berada di tangan presiden dan suruhanjaya pilihan raya selain bergantung kepada keputusan perbicaraan mahkamah.

Presiden Arif Alvi, dalam kenyataannya, berkata Khan akan kekal sebagai perdana menteri interim sehingga pemangku perdana menteri dilantik bagi mengadakan pilihan raya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori