Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

121 Pelajar Baharu Daftar...

DUNGUN - Seratus dua puluh satu pelajar baharu mendaftar di Universiti Teknologi Mara...

ADUN Permatang Pasir Nafi...

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil...

Pertemuan KKM Dan Kumpulan...

BERA - Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan anti...

Tahrir Al-Sham Beri Isyarat...

BEIRUT - Kumpulan pemberontak utama Syria memberi isyarat bahawa mereka akan mematuhi syarat...

Mahathir Dan Cermin

Membaca kenyataan Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa hari lalu sangat mengelirukan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Kurang pasti sama ada Mahathir sebenarnya mengata tentang Najib atau diri sendiri terutama pada perenggan lapan hingga sepuluh.

Perenggan lapan: “Boleh tarik balik kes. Ada Peguam Negara (AG) untuk ini. Jika tak ada, tukar AG sahaja. Jangan sebut nama. Akan kena sue kerana menghina”

Semua masih ingat antara langkah terawal Mahathir sejurus dilantik sebagai Perdana Menteri selepas PRU-14 menukar Peguam Negara.

Tommy Thomas dilantik Mahathir sebagai Peguam Negara bukan Melayu yang pertama sejak penubuhan Malaysia pada 1963.

Thomas juga peguam pertama yang dilantik secara langsung memegang jawatan itu dan dicadangkan anugerah Tan Sri oleh Mahathir.

Selepas pertukaran Peguam Negara banyak kes-kes melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk kes rasuah Lim Guan Eng dan kes hasutan Rafizi Ramli dilepaskan.

Sehingga ke tahap Tommy mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawainya yang telah memfailkan rayuan terhadap kes Rafizi.

Berikut antara kes yang dilepaskan selepas kerajaan PH menang PRU-14 dan Mahathirmenukar Peguam Negara seperti pernah disenaraikan seorang penganalisa politik:

(1) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Sungai Buloh dari PKR merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa.

(2) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kampar dari DAP, Thomas Su Keong Siong.

(3) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Abdul Karim.

(4) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Sungai Buloh dari PKR merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa, bekas Naib Presiden PKR, N Surendran dan kartunis, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.

(5) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap peguam, Eric Paulsen dan bekas Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan.

(6) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Mohd Tamrin Abdul Ghafar.

(7) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.


(8) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap pereka grafik, Fahmi Reza.

(9) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa dari DAP merangkap Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, dan bekas Ahli Parlimen Stampin dari Dap, Julian Tan Kok Ping.

(10) Membatalkan arahan untuk mendakwa peguam, Siti Zabedah Kassim.

(11) Menarik balik tuduhan yang dikenakan terhadap Rafizi kerana menyiarkan artikel mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH).

(12) Tidak mendakwa mereka yang disyaki terlibat di dalam kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

(13) Tidak membuat bantahan terhadap representasi peguam aktivis, Haris Ibrahim.

(14) Mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap ADUN Seremban Jaya dari DAP, P.Gunasekaran dalam isu kumpulan pengganas LTTE.

(15) Mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap ADUN Gadek dari DAP, G Saminathan dalam isu kumpulan pengganas LTTE.

Perenggan sembilan: “Tak ada duit nak bayar peguam. Itu masalah awak. Undang-undang tentang tidak sebut nama masih berkuasa. Tak dapat bayar peguam masuk dalam sahaja. Itu undang-undang. Negara utama the Rule of Law, pemerintahan mengikut undang-undang. Kelentong sedikit dari undang-undang tak mengapa”

Ramai dalam kalangan generasi muda nungkin tidak tahu berkenaan episod hitam krisis Perlembagaan Negara yang berlaku pada tahun 1988 ketika era pemerintahan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Memetik laporan sebuah portal media milik PAS pada 2019 krisis tersebut mencapai kemuncaknya iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 08 Ogos 1988.

Mahathir ketika itu disifatkan telah meruntuhkan institusi kehakiman (judisiari) yang sepatutnya berfungsi dalam konsep “separation of power” seiring badan Legislatif (Parlimen) dan Eksekutif (Kerajaan).

Perenggan kesepuluh: “Jangan tegur. Itu contempt of court, menghina mahkamah. Itu salah. Lebih baik lari ke negara lain. Jika tidak. Masuk dalam”.

Ironinya Mahathir individu yang paling kuat meratib nama mantan Perdana Menteri Ke-6 termasuk kes mahkamah yang dihadapi Najib.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori