• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Jumpa Amanah Kelantan, Ada Kerjasama PRU15?

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan sedang menyusun strategi dan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam usaha menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Difahamkan satu pertemuan dan perbincangan awal antaranya dengan pimpinan Amanah negeri sudah diadakan di Kota Bharu, di samping program berbuka puasa bersama, baru-baru ini.

Antara yang hadir adalah Pengerusi Amanah Kelantan Muhammad Hussin, bekas pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah, Ketua Pemuda Amanah negeri Hazmi Hassan dan barisan anggota jawatankuasa Amanah negeri.

Menurut sumber Tengku Razaleigh atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li bakal membuat pengumuman penting rentas parti selain program bersama rakyat Kelantan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Ia adalah inisiatif yang diambil oleh beliau sendiri dan perbincangan dengan pimpinan Amanah sudah menyentuh mengenai perkara ini.

“Ia adalah usaha untuk memastikan PAS tewas pada PRU15,” kata sumber yang enggan disiarkan namanya.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamed dalam satu tulisan di Facebook memberi gambaran mengenai perkara itu.

“Insya-Allah di Kelantan satu usaha sedang digerakkan untuk mengabung berbagai parti, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan anak-anak Kelantan yang berkebolehan untuk menawarkan satu kerajaan alternatif kepada rakyat Kelantan selain daripada kerajaan PAS.

“Selebihnya terserah kepada rakyat Kelantan untuk kekal bersama PAS atau memilih tawaran yang dihidangkan sebagai satu percubaan untuk berubah.

“Parti politik hanya satu persaingan untuk menawarkan apa yang terbaik yang boleh dilakukan.

“Agama, perkauman dan pelbagai tawaran hanya perasa dan penghias hidangan yang boleh menyebabkan pengundi terpedaya dan tersilap pilih,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Razaleigh dan pegawainya berkaitan pertemuan itu.

-Malaysia Kini

Tags: AmanahKu LiPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Parti Amanah Dakwa Bimbang Bayaran Denda RM50 Juta Dan Tahanan Rumah Najib Hakis Keyakinan Rakyat

Pemimpin Parti Amanah Dakwa Bimbang Bayaran Denda RM50 Juta Dan Tahanan Rumah Najib Hakis Keyakinan Rakyat

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa melahirkan kebimbangan pengurangan hukuman, pembayaran...

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub   Video memaparkan seorang lelaki yang dikaitkan dengan status bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.