• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Harian Covid-19 Terus Catat Penurunan

oleh AK-47
12/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kes positif harian Covid-19 negara terus mencatatkan penurunan apabila 7,739 kes direkodkan semalam berbanding 8,112 kes kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan 4,333,557 kes kumulatif dijangkiti virus berkenaan.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 7,716 kes membabitkan penularan tempatan manakala 23 kes import lagi mendapat jangkitan dari luar negara.

“Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 4,354 kes atau 56.26 peratus adalah pesakit kategori satu diikuti 3,318 kes (42.87 peratus) kategori dua, 34 kes (0.44 peratus) kategori tiga, 14 (0.18 peratus) kategori empat dan 19 kes (0.25 peratus) kategori lima.

“Daripada kes Covid-19 kategori tiga hingga lima itu, 24 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 16 kes menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak, 27 kes menerima dos penggalak, 36 kes berumur 60 tahun dan ke atas, 42 kes mempunyai komorbid serta satu kes ibu hamil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua negeri mencatatkan pengisian katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) lebih 50 peratus iaitu Putrajaya (100 peratus) dan Selangor (52 peratus).

“Putrajaya juga mencatatkan peratusan pengisian katil bukan ICU lebih 50 peratus iaitu 64 peratus.

“Sementara itu, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 102 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator 12 peratus,” katanya.

Katanya, jumlah kluster baharu dikenal pasti semalam ialah dua kluster dengan 126 kluster masih aktif sekali gus menjadikan 6,952 keseluruhan kluster setakat ini.

-Harian Metro

Tags: Covid-19kes harian covid-19kes positif COVID-19
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd