• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Cadang Usul Subseksyen 4(5) SOSMA Dibentangkan Semula

oleh Mohd Arshad
01/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), dibentangkan sekali lagi sebelum 31 Julai depan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pihaknya akan berbincang semula dengan kedua-dua Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk menentukan cara pelaksanaan perkara itu.

Selain itu, katanya, KDN juga akan mencadangkan supaya Sidang Khas Dewan Negara diadakan sebelum 31 Julai depan, iaitu tarikh tamat kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA, bagi membincangkan usul perlanjutan tempoh berkenaan selepas ia dibawa semula ke Dewan Rakyat.

Hamzah berkata, beliau akan segera membawa perkara itu kepada Yang Dipertua Dewan.

“Malah, saya sudah bercakap dengannya (Yang Dipertua). Ada beberapa isu yang kita harus lihat bagi membolehkan usul ini dibawa ke Parlimen pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan SOSMA, di sini, hari ini.

Sebanyak 10 NGO hadir memberi sokongan kepada KDN berkaitan keperluan dan kepentingan Subseksyen 4(5) SOSMA.

Hamzah berkata, perlanjutan subseksyen itu bagi memberi instrumen siasatan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), untuk tahanan mengikut SOSMA.

-Berita Harian

Tags: Dibentang SemulaKDNSOSMASubseksyen 4(5) SOSMAUsul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

Kemasukan Warga Asing Bawah Bidang Kuasa KDN – Tunku Mahkota Ismail

18/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sebarang perkara berkaitan kemasukan warga asing ke negara ini adalah...

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan telah diaktifkan semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd