Sample Page Title

KUANTAN : Tidak ada masalah dalam kalangan menteri-menteri Kabinet dan mereka secara konsensus bersetuju jika diwujudkan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tidak pernah timbul ahli Kabinet bertelagah soal pindaan Perlembagaan dan keperluan mengadakan RUU tersebut.

“Ada laporan-laporan mengatakan ahli Kabinet bertelagah, walaupun saya tidak boleh secara rasmi bercakap bagi pihak Kabinet, tapi saya hadir dalam mesyuarat (Kabinet) di mana isu ini dibincang.

“Saya bersetuju dengan penubuhan undang-undang berkaitan lompat parti, bagaimanapun ia perlu melalui proses pindaan Perlembagaan yang diperhalusi sebelum diluluskan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mesyuarat Kabinet berlangsung Rabu lalu turut sebulat suara membuat keputusan menyokong keputusan berkenaan.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, proses bagi mewujudkan RUU Anti Lompat Parti berkenaan perlu diperhalusi untuk mengelakkan niat baik mendatangkan kesan jika tidak digubal dengan betul.

“Sebab itu, Perlembagaan harus. dipinda terlebih dahulu ini dan ia merujuk kepada Perkara 10 berkaitan kebebasan berpersatuan.


“Kalau Perlembagaan tidak dipinda, maka keputusan Mahkamah Agung pada tahun 1992 berkaitan kes Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan lawan Nordin Salleh itu masih menjadi autoriti.

“Dalam keputusan itu (Mahkamah Agung), bertukar parti atau melompat parti tidak menyebabkan seseorang itu terlucut jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, disebabkan terdapat keputusan mahkamah agung itu, maka Perlembagaan harus dipinda terlebih dahulu sebelum akta berkaitan digubal.

“Inilah yang akan berlaku pada 11 April ini, akan ada usul meminda Perlembagaan bagi membolehkan digubal satu undang-undang (berkaitan) lompat atau pertukaran parti.

“Penelitian harus dilakukan supaya tidak meninggalkan kesan yang tidak adil kepada mana-mana pihak misalnya kalau kena pecat daripada parti dikira melompat parti atau bertukar parti.

“Ia kena jelas dan terang supaya tidak ada salah guna kuasa oleh parti kepada ahli mereka,” katanya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...