• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenayah Menyamar Rakan Pinjam Duit

oleh Mohd Arshad
03/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Jenayah menyamar sebagai `rakan’ dan meminta pinjam wang dengan alasan akaun bank ada masalah semakin menjadi-jadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Penerima mesej sama ada menerusi WhatsApp atau Telegram ramai terperdaya kerana penjenayah mengguna profil gambar dan nombor telefon mangsa untuk meminta pinjam `segera’ sekitar RM500 hingga RM2,000.

Lazimnya mangsa cepat terpedaya bukan sahaja disebabkan profil gambar mangsa tetapi jumlah pinjaman tidak banyak selain penjenayah itu berjanji untuk membayar semula pada keesokan harinya.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamaruddin Md. Din berkata, dalam tempoh 2021 hingga Mac lalu sebanyak 1,092 kes penipuan penyamaran sebagai `rakan’ dengan membabitkan kerugian RM7.1 juta dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut beliau, jumlah itu melibatkan 778 kes dengan kerugian RM4.8 juta pada tahun lalu manakala sejak Januari hingga Mac lalu, sebanyak 314 kes berlaku membabitkan RM2.3 juga kerugian.

Mohd. Kamaruddin memberitahu, modus operandi penjenayah ialah menyamar sebagai rakan sebelum menghubungi mangsa menerusi WhatsApp, Telegram dan Facebook untuk meminjam wang.

Malah, menurut beliau, sejak awal tahun ini, sindiket penyamaran ini semakin menyasarkan akaun Telegram milik mangsa dan menghubungi senarai rakan untuk meminjam wang.

“Pemilik sebenar akaun Telegram hanya menyedari perkara itu apabila akaun mereka tidak dapat diakses atau menerima panggilan daripada kenalan berkenaan kesahihan pinjaman wang yang ingin dibuat sebagai langkah pencegahan,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Berikutan itu, kata Mohd. Kamaruddin, pengguna akaun Telegram dinasihatkan untuk mengaktifkan penetapan pin keselamatan two step verification di akaun Telegram masing-masing bagi mengelakkan akaun Telegram mereka digodam.

Jelas beliau, melalui tetapan tersebut, tahap keselamatan akaun Telegram dapat dipertingkatkan sekali gus mengelakkan penjenayah mengaktifkan akaun berkenaan melalui peranti lain.

Menurutnya, orang ramai juga dinasihatkan tidak mudah percaya kepada mesej pinjaman wang diterima daripada kenalan terutama apabila akaun bank yang digunakan adalah milik individu lain

“Walau apa pun alasan mereka, lakukan semakan dengan menghubungi kenalan itu bagi tujuan pengesahan,” kata beliau

Orang juga boleh mendapatkan nasihat atau maklumat lanjut dengan menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau menerusi 03-26101599.

Dilaporkan, minggu ini tular dalam laman sosial berhubung individu mendapat mesej kononnya sebagai rakan meminta wang segera dengan mendakwa akaun bank mereka kononnya bermasalah.

Ada juga penyamaran itu membabitkan akaun orang kenamaan yang tiba-tiba menghantar mesej kepada kenalan untuk meminjam wang.

Sementara itu, Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali antara yang menjadi mangsa sindiket berkenaan apabila gambar profilnya di WhatsApp digunakan untuk meminta pinjam wang.

Dalam pesanan ringkas melalui WhatsApp yang diterima kebanyakan kenalan beliau, sindiket berkenaan memulakan perbualan dengan salam dan ucapan menyambut Ramadan.

Mesej itu kemudiannya meminta ‘mangsa’ memindahkan wang ke akaun bank yang diberikan atas alasan tertentu.

-Utusan Online

Tags: menyamarPinjam Duit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penduduk Klang Pertimbang Saman K’jaan Isu Banjir – MP

Next Post

Bina Baru PPRT RM56,000

Related Posts

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

Bekas Penceramah Bebas Tak Mengaku Tuduhan Pindaan Menyamar Peguam

Bekas Penceramah Bebas Tak Mengaku Tuduhan Pindaan Menyamar Peguam

09/12/2024
0

SEREMBAN - Bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin atas pertuduhan pindaan menyamar sebagai...

Next Post

Bina Baru PPRT RM56,000

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd