Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh membuat pencabar mereka dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini terlopong dengan menyapu bersih semua trofi yang dipertandingkan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ia berdasarkan prestasi cemerlang dipamerkan skuad Harimau Selatan termasuk kejayaan menuai hasil luar jangka di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas membelasah Guangzhou FC 5-0 sebelum melakar kejutan menang 2-1 ke atas gergasi Korea Selatan yang juga juara ACL 2012 dan 2020, Ulsan Hyundai.

Penganalisis sukan, Dr Pekan Ramli menganggap prestasi semasa skuad Harimau Selatan menunjukkan mereka sudah mampu bersaing dengan kelab terbaik di Asia selain semakin jauh berada di depan pasukan lain dalam Liga M.

Pekan yang juga Ketua Seksyen Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkata, pasukan Liga M yang lain tidak perlu cemburu dengan perkembangan JDT, sebaliknya mereka harus membuka langkah untuk mengikut laluan yang dibuat skuad Harimau Selatan bagi mencapai tahap lebih baik.

“Melihat kepada prestasi JDT terutama di ACL, saya optimis sebenarnya kalau mereka nak sapu semua piala (dalam Liga M), mereka boleh sapu semua musim ini. Jika ada tiga, empat atau lima piala musim ini, mereka boleh sapu semua kecuali kalau mereka tak berminat nak ambil mana-mana piala sahaja.

“Kalau itu cara mereka bermain walaupun di peringkat tinggi, saya tak nampak ada pasukan lain (dalam Liga M) boleh bermain seperti yang dipamerkan JDT. Saya juga tak nampak pasukan lain boleh mempamerkan permainan yang konsisten sama macam JDT.

“Mungkin JDT memang memerlukan kejohanan seperti ini (ACL) untuk menonjolkan kelebihan yang ada. Ini bermaksud satu cabaran kepada pasukan (Liga M) yang lain, bolehkah mereka menggugat JDT kalau macam itu cara JDT bermain iaitu yang ditunjukjan dalam ACL. Bagi saya bukan sebab mereka menang dengan Ulsan, tapi cara mereka bermain.

“Kita tak usah nak dengki atau benci dengan JDT, tapi kita harap JDT akan bawa bola sepak Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi, dan yang lain kena ikut. Pasukan lain kena rapatkan jurang dengan JDT. Memang belum tentu JDT boleh menjuarai ACL, tapi cara mereka bermain menggembirakan kita,” katanya.


Dua kemenangan berturut-turut yang diraih JDT meletakkan skuad kendalian Benjamin Mora itu di kedudukan teratas Kumpulan I dengan mengumpul enam mata, dua mata mengatasi pasukan tangga kedua, Kawasaki Frontale.

Selain itu, Pekan menyifatkan kecemerlangan yang dipamerkan JDT di pentas ACL turut menjadi perkembangan positif buat skuad kebangsaan menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini.

Beliau berkata, beberapa pemain berstatus kebangsaan termasuk bintang muda Arif Aiman Hanapi, Ramadhan Saifullah Usman, Safiq Rahim, La’Vere Corbin-Ong dan Shahrul Saad dapat menggunakan pengalaman bermain di ACL untuk membantu skuad Harimau Malaya.

“Ia menjadi nilai tambah kepada pasukan kebangsaan, mereka tunjukkan kecemerlangan bila bermain dengan JDT walaupun pemain muda seperti Arif Aiman dan Ramadhan.

“Safiq Rahim juga nampak yakin walaupun dia diturunkan sebagai pemain simpanan. Jadi kita harap kelebihan beraksi di ACL ini untuk menyumbang kepada pasukan kebangsaan terutama kelayakan Piala Asia, Jun nanti.

“Kita harap mereka dapat mengekalkan prestasi yang dipamerkan dengan JDT dan tak nak mereka bermain bagus dengan JDT, tapi bila bermain dengan skuad kebangsaan mereka tak mempamerkan prestasi seperti yang ditunjukkan,” katanya.

-Berita Harian

Polis Buru Lelaki Siku Muka Wanita

@mynewshub 2 kali dia siku perempuan tu dkt atas motor. Ada budak kecil lagi.Kesian pompuan yg dpt laki tak guna macam ni.#fyp ♬ original sound – mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...