• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukum Wanita Uzur Makan Secara Terbuka Di Ramadan

oleh AK-47
21/04/2022
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa tahun lepas, Mynewshub melaporkan kisah seorang netizen bernama Mrym Lee mendedahkan dirinya makan secara terbuka atas alasan pada ketika itu dia dalam keadaaan uzur.

Posting wanita ini menerusi laman sosial menceritakan pengalaman dia dan seorang rakan non-Muslimnya makan di restoran Chicken Rice Shop, Quill City Mall di ibu negara waktu tengah hari mencetuskan pelbagai komen.

Ada mempertikaikan tindakannya itu sebagai kurang sensitif tidak menghormati kesucian bulan Ramadan dan lebih dahsyat, ramai berang dengan langkah berani Mrym membuat tinjauan pendapat umum berhubung isu tersebut.

Isu ini menarik perhatian pakar agama dan ada memberikan hujah berdasarkan pandangan ulama tertentu sebagai rujukan untuk pencerahan permasalahan tersebut. Jom kita ikuti antara fatwa berhubung senario itu:

Kaitan:Makan Secara Terbuka Di Pasar Raya, Wanita Ini Ditegur

Fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz rahimahullah

Pertanyaan:

Sebahagian wanita berbuka di siang hari bulan Ramadan kerana uzur syarie (seperti mengalami haid atau nifas).

Bolehkah dia makan dan minum secara terang-terangan atau harus dilakukan secara disembunyi-sembunyi? Walaupun dia telah melakukannya lebih daripada tiga kali jamuan?

Jawapan:

Barangsiapa yang berbuka di bulan Ramadan kerana uzur syarie, hendaklah dia berbuka dengan sembunyi-sembunyi.

Seperti musafir yang tidak diketahui bahawa dia seorang musafir atau wanita yang tidak diketahui bahawa dia sedang haid.

Tatkala kondisi seperti ini hendaklah dia makan dan minum secara sembunyi. Sehingga dia tidak dituduh sebagai wanita yang meremehkan kewajipan (puasa) atau dia tidak dituduh sebagai lelaki yang meremehkan perintah Allah.

Adapun jika berada antara orang yang mengetahui keadaan dirinya sebagai musafir, atau seorang wanita berada di tengah-tengah kumpulan sesama wanita yang mengetahui bahawa dirinya sedang haid, maka tidak mengapa jika dia makan minum di hadapan mereka.

Adapun jika seseorang makan di hadapan orang lain yang tidak mengetahui keadaan dirinya, seharusnya hal ini tidak dilakukan. Bahkan yang wajib atasnya untuk bersembunyi, sehingga dia tidak dicurigai dengan keburukan.

Demikian pula wanita yang tidak diketahui oleh orang sekitarnya bahawa dia sedang haid, hendaklah dia tidak makan dan minum di hadapan mereka.

Hal ini boleh menjadi sebab dirinya dituduh sebagai wanita yang meremehkan perintah Allah kerana meninggalkan puasa. – MYNEWSHUB.TV

Sumber: Dr. Fathul Bari

Tags: buka puasaislampuasaWanita
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Perak Bantu Kesan Tahanan Lolos

Next Post

Pengumuman Kuota Haji Petang Ini

Related Posts

Anggota Polis Aibkan Wanita Dalam Perbualan Tular Dikeluarkan Dari Penugasan

Anggota Polis Aibkan Wanita Dalam Perbualan Tular Dikeluarkan Dari Penugasan

15/06/2025
0

AMPANG JAYA – Anggota polis yang tular dalam rakaman perbualan yang didakwa mengaibkan seorang wanita pada Jumaat lalu, telah dikeluarkan...

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar MPV Terbabas

28/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan...

Next Post

Pengumuman Kuota Haji Petang Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd