• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksekutif Muda PCSB Ditahan, Bukan CEO

oleh Mohd Arshad
11/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan sudah menahan sembilan individu sejak Jumaat lalu bagi siasatan membabitkan isu rasuah projek di PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

SPRM dalam kenyataan hari ini menjelaskan, seorang daripada sembilan individu yang ditahan itu adalah eksekutif muda di PCSB dan bukannya ketua pegawai eksekutif seperti dakwaan segelintir pihak.

“Lapan lagi individu yang turut ditahan adalah pemilik dan pegawai kanan syarikat kontraktor serta vendor yang menjalankan projek berkaitan isu rasuah terbabit.

“Siasatan ini adalah hasil kerjasama dan perkongsian maklumat antara SPRM dan PETRONAS bagi membantu memperkukuhkan integriti di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berkenaan,” katanya.

SPRM dalam kenyataan pada Jumaat lalu memaklumkan, menahan reman lapan individu berusia antara 35 tahun dan 45 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, membabitkan projek milik GLC bernilai lebih RM2.3 bilion.

Mereka dipercayai terbabit dalam perlakuan rasuah projek milik sebuah GLC dengan anggaran nilai kontrak keseluruhan melebihi RM2.3 bilion, di antara 2017 hingga 2021.

Menurut sumber, semua suspek terdiri daripada ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pegawai eksekutif, pengarah dan pemilik syarikat terbabit.

Beberapa sitaan turut dilakukan, antaranya 10 kenderaan mewah pelbagai jenama, pelbagai mata wang tunai melebihi RM27,000; lebih 50 barang kemas pelbagai jenis, termasuk jongkong emas, 15 jam tangan mewah pelbagai jenama, 13 beg tangan mewah pelbagai jenama serta membekukan 12 akaun syarikat dan individu.

Susulan pendedahan SPRM itu, PETRONAS mengesahkan seorang pegawai eksekutif rendahnya ditahan Suruhanjaya kerana disyaki terbabit dengan rasuah.

-Berita Harian

Tags: ditahanEksekutif Muda PCSB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd