Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Terjemah Wala’ Dalam Perbuatan

KUALA LUMPUR - Prinsip wala' yang ditekankan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun...

ATM Sedia Kerah Aset...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia mengerahkan asetnya bagi menghadapi musim...

2 Lelaki Nepal Maut...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga Nepal maut selepas kereta yang dinaiki mereka...

Komponen BN Mesti Kembali...

KUALA LUMPUR - Komponen parti Barisan Nasional (BN) mesti kembali ke prinsip asas...

Dunia Perlu Takut Ugutan Nuklear Rusia

KIEV – Presiden Volodymyr Zelenskyy memberi amaran bahawa ancaman Rusia untuk menggunakan senjata nuklear terhadap Ukraine sepatutnya turut menjadi kebimbangan dunia, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Zelenskyy berkata, sekiranya Rusia berani menggunakan senjata nuklear ke atas Ukraine, maka tiada jaminan Moscow tidak akan menggunakannya pada mana-mana negara lain di dunia.

“Kita semua patut berasa takut apabila Rusia mengeluarkan ugutan menggunakan senjata nuklear dalam pencerobohan di Ukraine.

“Itu bermakna bagi Kremlin, nyawa orang ramai tidak penting dan tidak berharga,” tegas Zelenskyy.

Kenyataan tersebut disuarakan selepas Zelenskyy dikatakan secara peribadi meminta Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden untuk menamakan Rusia sebagai negara penyokong keganasan.

Ia adalah satu langkah dengan implikasi besar bagi sektor perdagangan dan akan mewujudkan sekatan ekonomi global.


Biden dilaporkan menolak berbuat demikian kerana penamaan rasmi sedemikian bermakna sekatan ekonomi ke atas negara-negara dunia yang terus melakukan perniagaan dengan Rusia serta pembekuan aset Moscow di AS.

AS minggu ini memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat mengesahkan dakwaan Ukraine bahawa dron Rusia menggugurkan senjata kimia di bandar Mariupol yang dikepung tentera Kremlin.

Rejimen askar Ukraine, Azov memaklumkan bahawa bahan kimia beracun yang tidak dikenal pasti telah ditemui di Mariupol awal minggu ini.

Rusia pula memberi amaran tentang kemusnahan dahsyat selepas AS mengumumkan pakej bantuan terbaharu untuk Ukraine termasuk helikopter, artileri jarak jauh dan dron Switchblade bernilai AS$800 juta (RM3.3 bilion).

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori