• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dokumen ‘PASleak’: Peguam Zahid Lapor Polis

oleh AK-47
21/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Peguam yang mewakili Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi telah membuat laporan polis berhubung dokumen ‘PASleak’ yang mengandungi dakwaan campur tangan dalam proses kehakiman.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim mengesahkan laporan itu telah diterima.

Semalam, peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata anak guamnya “terkejut” dengan kandungan dokumen itu yang bertajuk “laporan penglibatan politik pimpinan PAS pusat”.

Teh berkata dokumen itu merujuk kepada anak guamnya, yang sedang menghadapi perbicaraan jenayah di Mahkamah Tinggi.

“Kami berharap pihak berkuasa dapat siasat perkara ini secara terperinci. Ini akan mengesahkan sama ada terdapat percubaan untuk menjejaskan integriti sistem kehakiman,” katanya.

Zahid kini dibicarakan atas tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berhubung dengan sebuah badan amal yang dikenali sebagai Yayasan Akalbudi.

Dokumen yang dikatakan bocor itu mengandungi dakwaan penemuan dua pemimpin PAS selepas mereka melawat pelbagai tokoh Umno, Bersatu dan Pejuang.

Salah seorang daripada dua tokoh PAS yang dinamakan dalam dokumen itu – Ahmad Samsuri Mokhtar, naib presiden PAS – telah menafikan kandungan dokumen itu dan menyifatkannya sebagai “sampah”.

Bagaimanapun, Samsuri mengakui bahawa pertemuan yang dijelaskan dalam dokumen itu memang berlaku, tetapi ringkasan perbualan seperti yang didakwa menurutnya adalah rekaan.

Beberapa tokoh Umno seperti veteran Umno Shahrir Samad berkata dokumen yang dikatakan bocor itu, jika sahih, menunjukkan kemungkinan konspirasi untuk mempercepatkan kes mahkamah yang sedang berjalan terhadap Zahid dan Ahli Parlimen Pekan Najib Razak.

Shahrir sebelum ini berkata bahawa dokumen yang dikatakan bocor itu juga membabitkan pegawai perundangan dan kehakiman tertinggi.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kandungan dokumen yang dikatakan bocor itu.

Bagaimanapun, Malaysiakini telah cuba menghubungi setiap individu yang dinamakan dalam dokumen itu untuk mendapatkan penjelasan.

-Malaysia Kini

BACA – Minit Mesyuarat Dan Ketentuan Tuhan

BACA – Polis Buru Lelaki Siku Muka Wanita

Tags: Ahmad Zahid HamidiLapor PolisPASleakPeguampolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JDT Mampu Sapu Bersih Semua Piala Dipertandingkan

Next Post

MOT Benarkan Perkongsian Bawa Kargo Mulai 5 Mei

Related Posts

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

Polis Panggil Wanita Peserta Program Motivasi Didakwa Promosi Budaya Songsang, Menyimpang Agama

12/07/2025
0

SHAH ALAM: Polis memanggil seorang wanita dan saksi lain berada di lokasi penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di...

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

08/07/2025
0

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf susulan ungkapannya yang menggunakan perumpamaan malaikat dalam konteks tekanan dihadapinya...

Next Post

MOT Benarkan Perkongsian Bawa Kargo Mulai 5 Mei

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd