• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biro Politik BERSATU Bincang Strategi Hadapi PRU

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Biro Politik BERSATU dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi mandat untuk membincangkan strategi parti bersama parti politik lain, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata keputusan itu dicapai melalui Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dipengerusikan Muhyiddin, semalam.

“MPT BERSATU antara lain membincangkan hal-hal berkenaan pengurusan parti, perkembangan politik tanah air dan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan pada 12 Mac lalu.

“Sehubungan itu, MPT BERSATU memutuskan untuk memberikan mandat penuh kepada Biro Politik yang dipengerusikan Presiden untuk membincangkan strategi parti bagi menghadapi PRU akan datang bersama parti politik lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kenyataan berkenaan tidak menyebut apa-apa keputusan mengenai kerjasama antara BERSATU dengan Parti Pejuang Tabah Air (PEJUANG).

Minggu lalu, Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti itu belum membuat sebarang keputusan berhubung kerjasama itu, namun membayangkan beliau tidak bersetuju dengannya.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, Muhyiddin sebelum ini menikamnya dari belakang dan menyebabkan beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

-Berita Harian

Tags: BERSATUBiro Politik BERSATUPRU-15strategi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

Bersatu Beri Peringatan Kepada PN Jangan Remehkan Peranan ROS

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kepimpinan tertinggi dan pengurusan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak meremehkan peranan...

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

BERSATU Jadi Mangsa Kerakusan, Ketamakan PAS Dan WAWASAN – KP J-KOM

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali meminta PAS tidak 'play victim' (berpura-pura menjadi mangsa)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd