Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dugaan Berat Untuk Ibu...

TIADA ibu yang sanggup melihat anak-anaknya pergi dahulu menghadap Ilahi sebelum dirinya. Namun,...

Tentera Zionis Tembak Bilik...

GAZA: Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah bilik hospital, menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan...

2 Maut 2 Kereta...

SEREMBAN - Dua lelaki maut manakala empat yang lain cedera parah selepas dua...

Rakyat Malaysia Antara Terbabit...

KUCHING - Episod perlanggaran sebuah bot di perairan Brunei yang meragut dua nyawa...

Bersatu Akan Dapatkan Penjelasan PM Berhubung MOU Dengan PH

Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kedudukan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Beliau berkata dalam pertemuan pimpinan Perikatan Nasional (PN) dengan Ismail Sabri minggu lepas, perkara itu ada dibincangkan dan dimaklumkan tiada apa-apa perundingan perlu dibuat berhubung MoU tersebut.

“Jadi saya setuju dengan pendirian itu tetapi hari ini, ada keputusan yang agak berbeza.

“Kita akan dapatkan penjelasan adakah dia (Ismail Sabri) nak berhenti atau lanjut lagi… wallahualam,” katanya kepada media selepas meninjau keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini susulan pembukaan semula sempadan negara pada 1 April lepas.

Beliau mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam bahawa MoU itu tidak akan diteruskan selepas tamat pada 31 Julai ini.


Pada 13 Sept 2021, kerajaan memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani oleh Perdana Menteri dan pemimpin parti dalam PH iaitu Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP ketika itu Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

MoU itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 serta Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Ismail Sabri hari ini dilaporkan berkata beliau akan akur dengan keputusan itu kerana sebagai Naib Presiden UMNO, beliau tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh MT parti berkenaan.

Ditanya mengenai MT UMNO yang sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Muhyiddin berkata perkara itu adalah soal parti berkenaan dan PN tidak mengambil pendirian serupa.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori