• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pembantu Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Keluar Bersatu

oleh Mohd Arshad
25/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Saiful Bukhari Azlan yang merupakan bekas pembantu peribadi kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan mengundur diri sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Saiful Bukhari menyertai Bersatu pada 7 Januari 2021 dan menjadi ahli Bersatu Bahagian Bentong, bagaimanapun, keputusannya keluar parti menyaksikan beliau hanya bertahan di dalam parti itu selama satu tahun empat bulan.

Beliau yang berkongsi tangkap layar memaparkan laporan media tempatan dan surat pengundurannya sebagai ahli Bersatu di Facebook berkata, fokusnya kini kepada keluarga dan kerjaya.

“Berehat seketika sebelum terus melangkah. Terima kasih Bersatu.

“Fokus kini pada #SSPAnalytics, kerja dan keluarga Bismmillah,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, menerusi cetakan surat itu, keputusan untuk berundur telah dipanjangkan ke pengetahuan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melalui sepucuk surat pada 22 April lalu, selain dilaksanakan menurut Fasal 10.1 Perlembagaan Parti.

“Bahawa saya, Mohd Saiful Bukhari bin Azlan bernombor keahlian 00468423 ingin memaklumkan telah menyampaikan hasrat saya untuk berundur sebagai Ahli Biasa Seumur Hidup PPBM melalui sepucuk surat kepada Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, bertarikh pada 22hb April 2022 dan berkuatkuasa hari ini, Isnin, 25hb April 2022.

Ia di laksana menurut Fasal 10.1 Perlembagaan Parti,” katanya.

Untuk rekod, Saiful Bukhari dilantik Ahli Jawatankuasa Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Bersatu pada Jun 2021 selain pernah memegang jawatan Ketua Unit Penyelidikan, Pemuda Perikatan Nasional (PN) bagi tempoh Mei 2021 hingga Oktober 2021.

Utusan Online masih menunggu maklum balas daripada beliau berhubung perkara itu.

-Utusan Online

Tags: BERSATU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd