• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas CEO Astro Akan Pulangkan Aset AS$10 Juta Dari Leissner

oleh AK-47
13/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Astro Rohana Rozhan dilaporkan telah bersetuju untuk memulangkan AS$10 juta aset yang diperolehnya daripada bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Utusan Malaysia memetik sumber yang rapat dengan suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang memberitahu bahawa SPRM kini giat memperoleh dana itu selepas Rohana bersetuju untuk menyerahkan aset daripada Leissner yang diperoleh menggunakan dana 1MDB.

“Proses mendapatkan aset-aset berkenaan sedang giat dijalankan SPRM ketika ini,” kata sumber itu semalam.

Leissner adalah saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB bekas jurubank Malaysia Roger Ng – yang kini telah disabitkan dengan tuduhan rasuah berkaitan peranannya dalam membantu menyeleweng ratusan juta dolar daripada dana 1MDB.

Leissner sebelum ini mendakwa telah memberikan Rohana AS$10 juta – yang digunakan bekas CEO Astro itu untuk memperoleh hartanah AS$7 juta di Montpelier Street, London.

Leissner, yang merupakan bekas ketua operasi Goldman Sachs di Asia Tenggara, mendakwa dia mempunyai hubungan selama sedekad dengan Rohana.

Leissner juga mendedahkan dia pernah berdepan ugutan daripada bekas kekasihnya itu untuk mendedahkan peranannya dalam skandal 1MDB jika gagal memberi kerjasama.

“Jika saya tidak membelikannya rumah, dia akan memberitahu pihak berkuasa tentang penglibatan saya dalam skandal 1MDB. Dia mengancam untuk mendedahkan saya. Pada masa itu, 2013, saya sangat takut akan perkara itu,” katanya memberi keterangan.

Dakwaan ini telah mendorong siasatan SPRM terhadap Rohana – yang telah berikrar untuk memberikan kerjasama penuh kepada SPRM.

Kes itu dipercayai disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

-Malaysia Kini

Tags: asetBekas CEO AstroPulangkan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor

Pemangku Sultan Johor Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan 25% Hasil Cukai Johor

30/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bertitah sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan memulangkan sebahagian hasil cukai yang...

6 Negara Siasat Aset Milik Tun Daim

6 Negara Siasat Aset Milik Tun Daim

01/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa di enam negara akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan harta dan aset...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd