• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Awasi Pakatan China-Kepulauan Solomon

oleh Mohd Arshad
22/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – China dan Kepulauan Solomon menandatangani pakatan keselamatan yang membolehkan tentera laut Beijing ditempatkan di rantau Pasifik Selatan, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Langkah yang dianggap mencurigakan itu menarik perhatian negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin mengesahkan pakatan keselamatan Beijing-Honiara semasa sidang akhbar di Beijing.

“Kementerian Luar China dan Kepulauan Solomon secara rasmi menandatangani perjanjian mengenai kerjasama keselamatan baru-baru ini,” kata Wenbin

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut bila atau di mana perjanjian itu ditandatangani.

Menurut draf perjanjian tersebut yang bocor kepada pengetahuan media bulan lalu, China akan dibenarkan menempatkan tentera laut dan kakitangan keselamatan di negara rantau Pasifik tersebut. Kepulauan Solomon terletak kurang 2,000 kilometer dari Australia.

Dokumen itu menyatakan bahwa Kepulauan Solomon yang terletak di timur Papua New Guinea boleh meminta China untuk menghantar anggota polis, senjata, tentera serta agensi penguatkuasaan undang-undang lain ke negara itu.

Beijing juga boleh menghantar kapal perangnya ke pulau-pulau negara itu untuk persinggahan dan menambah bekalan. Ia meningkatkan spekulasi bahawa China akan membina pangkalan tentera laut di Kepulauan Solomon.

Pengumuman mengejut itu dibuat sehari selepas AS mengumumkan akan menghantar dua pegawai tertingginya ke negara itu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, perjanjian itu boleh menjejaskan kestabilan Kepulauan Solomon dan menjadi contoh membimbangkan untuk rantau Pasifik.

“Walaupun Honiara menafikan perkara itu, perjanjian keselamatan dengan Beijing membuka pintu kepada penempatan pasukan tentera RRC (Republik Rakyat China) di Kepulauan Solomon,” kata Price. – Agensi

Penandatanganan pakatan itu dibuat susulan protes yang tercetus pada 2021 selepas keputusan Perdana Menteri Kepulauan Solomon Manasseh Sogavare untuk menamatkan hubungan diplomatik dengan Taiwan dan bertukar kepada China.

-Kosmo Online

Tags: ASChinaKepualauan SolomonpakatanPakatan China-Kepulauan Solomon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd