Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

TOBTAB Tidak Kemas Kini...

 Pada 2 Ogos lalu, media melaporkan sebanyak 132 laporan polis dibuat berhubung kes...

Al-Aqsa Dibadai Lagi Ribut...

SEJUK... Lazimnya wilayah Tebing Barat yang sinonim dengan Baitulmaqdis atau turut digelar Jerusalem...

Penyelidik USM Cipta Alat...

GEORGETOWN - Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta alat penjimatan minyak...

Tragedi Penghujung Ramadan, Tinggal...

PONTIAN - Keriangan sambutan Aidilfitri buat sebuah keluarga keluarga di Kampung Parit Jamal...

Anwar Sedia Berdebat Dengan Najib Isu Sapura

Kuala Lumpur : Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk berdepan dan berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

“Saya ambil maklum lontaran cabaran debat daripada mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” kata Anwar menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, sikapnya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu kerana beliau pernah melontarkan cabaran yang sama kepada Najib tetapi tidak bersahut.

“Beliau (Najib) kini memilih mencabar saya di awal Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut bail-out Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan peniaga kecil yang tidak terbela,” kata Anwar.


Semalam, dilaporkan Najib menyahut cabaran debat bekas Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli tetapi ia juga perlu disertai Anwar.

Rafizi sebelum ini, mencabar Najib berdebat mengenai isu syarikat Sapura Energy Bhd (SEB).

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori