• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Sahkan UMNO Tidak Terikat Dengan MoU

oleh AK-47
19/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Anwar Ibrahim menegaskan MoU yang ditandatangani oleh PH adalah dengan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan pasukannya, bukan UMNO.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Justeru, beliau membayangkan UMNO tidak berhak untuk mendesak PRU-15 kerana PH akan memastikan MoU itu dikekalkan dan dilanjutkan.

Tetapi bukankah kenyataan Anwar itu mengesahkan UMNO tidak terlibat, malah tidak terikat kepada MoU yang tarikh luputnya pada 31 Julai 2022?

Ini bermakna UMNO sememangnya berhak untuk mendesak PRU-15 diadakan kerana UMNO tiada kaitan dengan MoU itu.

Kata-kata Anwar tentang MoU itu menjurus kepada aspek teknikal MoU, tetapi apakah alasan Anwar dan PH untuk MoU itu diteruskan maka PRU-15 tidak boleh diadakan?

MoU itu secara realitinya tidak menjamin kestabilan politik tanah air secara total sebaliknya lebih berfungsi sebagai perisai kepada PH yang sedang amat lemah untuk berdepan PRU-15.

Contoh terdekat apabila Dewan Rakyat gagal meluluskan usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk tempoh lima tahun lagi.

Usul yang amat penting bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara daripada anasir bahaya itu gagal diluluskan kerana ditolak oleh PH walaupun telah menandatangani MoU.

Sebelum ini PH beri alasan PRU-15 tidak boleh diadakan ekoran ancaman Covid-19 dan menuduh UMNO tidak peduli nyawa rakyat kerana meminta PRU-15 diadakan.

Bagaimanapun hari ini negara telah memasuki peralihan ke fasa endemik dengan sektor ekonomi, sempadan negara dan aktiviti sosial telah pun dibuka hampir sepenuhnya.

Ini bermaksud alasan itu sudah tidak relevan dan pelaksanaan PRN Melaka, Sarawak serta Johor baru-baru ini in
membuktikan tiada lagi ancaman besar jika pilihan raya diadakan.

-Mynewshub

Tags: anwarMoUSahkanUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd