• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Cadang Ismail Dilantik Pengerusi BN, Pengarah Jentera Pilihan Raya

oleh Mohd Arshad
15/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas setiausaha Agung Umno, Annuar Musa mencadangkan supaya Ismail Sabri Yaakob diberi amanah sebagai pengerusi BN dan pengarah utama jentera pilihan raya BN selepas Umno membuat keputusan menamakannya sebagai calon perdana menteri.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Annuar berkata sebagai calon perdana menteri, Ismail Sabri harus diberi ruang untuk mencorakkan pentadbiran yang mampu membawa “order baru” politik negara.

“Saya berpandangan sudah tiba masanya perdana menteri turut diberi amanah sebagai pengerusi BN dan pengarah utama jentera pilihan raya BN.

“Sebagai calon perdana menteri, Ismail perlu diberi seluas-luas ruang untuk mencorakkan pentadbiran yang mampu membawa ‘order baru’ politik negara yang lebih segar, bersih, berintegriti dan mampu memulihkan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malam tadi, Majlis Tertinggi (MT) Umno mencadangkan agar Ismail menjadi calon perdana menteri BN pada PRU15.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan presiden, Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia itu turut mengucapkan tahniah kepada presiden Umno dan kepimpinan MT yang telah membuat keputusan menamakan Ismail sebagai calon perdana menteri.

Katanya, syura dan muafakat MT menampilkan kematangan dan kebijaksanaannya, terutama dalam membuat keputusan kritikal dan strategik bagi memastikan kelangsungan perjuangan Umno.

“Keputusan ini membolehkan Ismail Sabri menumpukan perhatian dan mengerahkan seluruh kekuatan bagi mengembalikan semula kekuatan Umno serta memulihkan keyakinan rakyat.

“Saya percaya keputusan ini disambut dengan penuh kesyukuran oleh seluruh ahli dan penyokong perjuangan Umno, tetapi juga oleh parti-parti komponen dan rakan sekutu BN,” katanya lagi.

MalaysiaKini-

Tags: Annuar MusaBNIsmail Sabri YaakobPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd