• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Trafik Sesak Mulai Malam Ini

oleh Mohd Arshad
29/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan aliran trafik mengalami kesesakan teruk menjelang tengah malam ini berikutan pemberian tol percuma oleh kerajaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, lantaran itu anggotanya sudah bertugas mengawal lalu lintas sejak semalam.

Menurutnya, buat masa ini aliran trafik masih terkawal walaupun ada berlaku kesesakan sedikit terutama pada waktu puncak.

“Aliran yang sesak itu berikutan ada yang balik dari bekerja namun pergerakan keluar dari Selangor masih terkawal.

Buat masa ini kita lebih menumpukan pada Op Lancar bagi memastikan aliran trafik dari Lembah Klang ke semua arah iaitu utara, timur dan selatan berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Plaza Tol Gombak, di sini, hari ini.

Azman berkata, pihaknya juga menjangka aliran trafik akan sesak bermula malam ini selepas esok mereka mula bercuti ditambah dengan pemberian tol percuma bermula tengah malam ini.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan dalam keghairahan pulang ke kampung menyambut raya, patuhilah peraturan jalan raya dan mengikut jadual perjalanan yang sudah ditetapkan,” jelasnya.

Beliau berkata, pengguna jalan raya juga dinasihatkan mematuhi peraturan dengan tidak memotong ‘Q’ dan menggunakan lorong kecemasan yang akan menyebabkan kesesakan

“Pengguna jalan raya yang lain boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis seandainya ada melihat pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan terbabit,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: aliran trafiksesaktol percuma
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd