Sample Page Title

CYBERJAYA : Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan video muziknya sebelum ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Untuk itu beliau memohon agar tidak melibatkan ahli keluarganya dalam kontroversi berkenaan.

Aliff Syukri berkata, dia memberikan kerjasama yang baik yang kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan siasatan juga sedang dilakukan oleh suruhanjaya tersebut berhubung kes itu.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada SKMM kerana memberi layanan yang baik kepada saya dan saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu dan video saya sebelum ini.

“Namun saya mohon janganlah libatkan keluarga saya dan ibu saya dalam kontroversi ini, lebih-lebih lagi dia (ibu) kini sedang menunaikan ibadah umrah,” katanya ringkas ketika ditemui di Ibu Pejabat SKMM di sini hari ini.


Terdahulu, Aliff Syukri dilihat tiba ke pekarangan ibu pejabat SKMM pada pukul 9.58 pagi dan keluar hampir lima jam kemudian selepas dipanggil untuk memberikan keterangan dan dirakamkan percakapan berhubung isu video muzik yang sebelum ini menerima kecaman hebat daripada orang ramai.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa semalam juga memaklumkan bahawa SKMM akan memanggil individu yang terlibat dengan klip video muzik sempena Aidilfitri yang menerima kecaman hebat baru-baru ini.

Jelas beliau, SKMM telah membuka satu kertas siasatan untuk menyiasat perkara tersebut di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Klip video muzik berdurasi 5 minit 23 saat yang dimuat naik ke laman YouTube baru-baru ini dikecam hebat pengguna laman media sosial apabila memaparkan sekumpulan lelaki menari dalam keadaan menggeletis dengan menggayakan pakaian yang disifatkan sebagai tidak menghormati bulan suci Ramadan.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...