• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli DAP Paloh Direman Tiga Hari Bawah Akta Hasutan

oleh AK-47
11/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang ahli DAP bahagian Paloh ditahan di rumahnya lewat tengah malam tadi kerana didakwa menghasut melalui kiriman Facebook yang dibuat semasa pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata Mahkamah Majistret Johor Baru awal pagi ini membenarkan perintah reman tiga hari terhadap S Murugan, 43 tahun, salah seorang petugas kempennya di Paloh.

“Murugan dijemput polis dari rumahnya di Paloh dan dibawa ke Johor Baru kerana laporan polis terhadapnya dibuat di Iskandar Puteri.

“Siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dikatakan berhubung dengan catatan Facebooknya yang didakwa menggalakkan kaum India supaya tidak mengundi MIC,” kata Sheikh Omar kepada Malaysiakini ketika dihubungi selepas pendengaran reman.

“Murugan adalah ahli DAP Paloh yang setia bekerja untuk parti dan membantu saya sejak pilihan raya umum ke-14 lalu,” kata bekas Adun Paloh itu yang hadir di mahkamah pagi ini.

Pada PRN Johor lalu, Sheikh Omar gagal mempertahankan kerusi Paloh menentang Lee Ting Han dari BN dari MCA.

-Malaysia Kini

Tags: Ahli DAP PalohAkta HasutanDAPDireman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anwar Pertahan Jawatan Presiden KEADILAN

Next Post

PKR Setiawangsa Perlu Nafas Baharu, Afdlin Shauki Tawar Bertanding

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

10/03/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dakwaan meminta rasuah RM3,000 sebagai...

Next Post

PKR Setiawangsa Perlu Nafas Baharu, Afdlin Shauki Tawar Bertanding

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd