• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Terbunuh Dalam Letupan Bom Sasar Sekolah Syiah Di Kabul

oleh Mohd Arshad
20/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KABUL – Dua letupan bom di sebuah sekolah pelajar lelaki di ibu negara Afghanistan, Kabul meragut sekurang-kurangnya enam nyawa dan mencederakan lebih 20 mangsa, lapor Badan Penyiaran Britain kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Letupan berlaku di sekolah tinggi Abdul Rahim Shahid yang terletak di sebuah kawasan di barat Kabul yang dikuasai puak Syiah.

Pegawai-pegawai tempatan memberitahu, jumlah korban dan mangsa yang cedera dijangka akan terus meningkat.

Pusat tuisyen berdekatan turut menjadi sasaran serangan bom tangan.

Setakat ini, tiada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut. Kejiranan Syiah itu kerap menjadi sasaran serangan militan Daesh sebelum ini.

Laporan awal menunjukkan pelajar dan kakitangan sekolah itu mungkin menjadi sasaran pengebom berani mati tetapi jurucakap polis Kabul, Khalid Zadran berkata, bahan letupan buatan sendiri telah ditinggalkan di luar sekolah.

“Ini hanyalah angka awal. Kami masih berada di lokasi kejadian dan menunggu butiran lanjut,” katanya.

Menurut seorang pegawai yang tidak didedahkan identitinya, peranti bahan letupan itu diletakkan di dalam beberapa beg galas dengan sebuah beg galas itu diletupkan dalam kawasan sekolah.

Sumber Hospital Muhammad Ali Jinnah di Kabul memaklumkan bahawa pihaknya menerima empat mayat dan 19 orang yang cedera setakat ini akibat serangan tersebut.

Mangsa letupan lain sedang dirawat di tempat lain.

Seorang saksi kejadian memberitahu, pelajar sedang meninggalkan kelas pagi apabila letupan berlaku.

Kawasan di mana serangan berlaku iaitu Dasht-e-Barchi, kerap menjadi sasaran serangan oleh militan Daesh kerana sebahagian besar penduduknya berpegangan ajaran Syiah. – Agensi

Hazara adalah etnik minoriti dan agama yang sering menjadi sasaran kumpulan militan Sunni, yang menganggap mereka sebagai bid’ah.

Bid’ah adalah pembaharuan dalam Islam dengan sesetengah perbuatan diterima manakala yang lain bercanggah dengan ajaran agama.

-Kosmo Online

Tags: BomKabulmautSekolah SyiahSyiah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan bahawa konflik antara Iran dan...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd