Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

NCCC Gesa Kerajaan Cepat...

KUALA LUMPUR - Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menggesa kerajaan segera agar...

2,000 Nelayan Perlis Had...

KANGAR - Lebih 2,000 nelayan bot kecil pesisir pantai Kuala Perlis, di sini...

‘Pre-Mix’ Beri Sajian Ala...

MAKKAH - Pengenalan rempah-ratus 'pre-mix' atau pracampuran untuk sajian makanan jemaah haji yang...

MENARIK: 11 Bahan Makanan...

Tahukah pembaca, terdapat sebilangan bahan mentah yang menjadi makanan setiap hari, sebenarnya bertindak...

1 Mei Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal

KUALA LUMPUR : Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1 Mei bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan hari ini memaklumkan Majlis Raja-Raja juga bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Tarikh Aidilfitri akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.

Sebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Bukit Jugra, Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang Manjong di Perak; dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Lokasi lain yang turut terpilih ialah Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Geliga Kemaman, Pulau Perhentian Besut dan Balai Cerap KUSZA di Terengganu.


Lokasi melihat anak bulan di Kelantan pula ialah Bukit Peraksi Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu; manakala di Sarawak ialah Pusat Falak, Miri, Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu.

Di Sabah ialah Balai Cerap Al-Biruni, Putatan dan Menara Universiti Malaysia Sabah; Kampus Antarabangsa Labuan; manakala di Pahang ialah Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang dan Bukit Pelindong.

Tiga lagi lokasi ialah Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori