• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TIDAK RASMI: MIC Tawan Empat DUN

oleh Mohd Arshad
12/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) mendakwa gabungan itu berjaya memenangi empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandingi calon MIC.

Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah, berkata MIC secara tidak rasmi menang di DUN Kemelah, Kahang, Tenggaroh dan Bukit Batu.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pengundi di Johor. Trend perubahan terbukti secara jelas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sekali gus membuktikan penduduk negeri ini telah bosan dengan pembangkang.

“Saya yakin selepas ini Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad akan melakukan yang terbaik untuk semua kaum di negeri ini,” katanya pada sesi temu bual secara maya di Facebook BN, malam ini.

Murugiah berkata, kemenangan MIC di PRN Johor akan menterjemahkan kemampuan parti itu menawan kembali kepercayaan pengundi, khususnya dalam kalangan kaum India pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Trend telah kembali kepada BN dan keyakinan ada pada MIC. Saya yakin pada PRU-15 nanti kita juga akan menang sembilan kerusi akan ditandingi MIC.

“PRU-14 kita lihat rakyat marah sehingga kita mahu pakai seragam BN pun risau. Kini, kita tidak lagi bimbang dengan prestasi BN kerana orang ramai sudah menerima semula gabungan ini dengan cara yang baik selepas menjalani liku kehidupan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH),” katanya.

-Berita Harian

Tags: DUNMICPRN JohorTawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

[TIDAK RASMI] Puad Zarkashi Mungkin Kembali Jadi ADUN

Next Post

PRN Johor: Penyokong BN Mula Bersorak Rai Kemenangan Awal

Related Posts

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

Pemilihan MIC: Saravanan Jadi Timbalan Presiden Sekali Lagi

22/06/2024
0

Bekas Menteri Sumber Manusia M Saravanan dipilih sebagai Timbalan Presiden MIC sekali lagi selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding untuk...

PH-BN Optimis Bentuk Kerajaan Negeri Di Kedah

PH-BN Optimis Bentuk Kerajaan Negeri Di Kedah

09/08/2023
0

ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengulangi keyakinan sudah memiliki 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk...

Next Post

PRN Johor: Penyokong BN Mula Bersorak Rai Kemenangan Awal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd