Sample Page Title

Kuala Lumpur : Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencatat sejarah tersendiri apabila menewaskan pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi untuk meraih gelaran sulung kejohanan Jelajah Dunia pada Terbuka Jerman 2022 hari ini.

Pada perlawanan akhir berlangsung di Westenergie Sporthalle, Muelheim, gandingan negara yang menghuni ranking ke-17 dunia saling mengejar mata sebelum lawan mereka mendahului 11-8.

Pasangan negara yang diletakkan sebagai bukan pilihan berjaya menggagalkan hasrat gandingan baharu China itu untuk menamatkan perlawanan lebih awal pada kedudukan 20-19 dan 21-20, sebelum memenangi set pertama 23-21.

Beberapa kesilapan mudah dilakukan pasangan Sze Fei-Nur Izzuddin mengundang padah apabila mereka tewas set kedua 21-16, sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan.

Babak penentuan menyaksikan pasangan negara meneruskan asakan namun aksi ‘mengasak’ Nur Izzuddin sedikit terganggu apabila kelihatan mengalami kesakitan pada lutut kanan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-14.

Kali terakhir pasangan negara itu mara ke perlawanan akhir adalah pada Masters Malaysia 2017 menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin muncul naib juara selepas tewas 21-19, 21-12 kepada Berry Angriawan-Hardianto dari Indonesia.

Selepas kejayaan sulung mereka hari ini, Sze Fei-Nur Izzuddin seterusnya akan beraksi pada kejohanan Seluruh England 2022 di Birmingham yang membuka tirai pada 15 Mac depan dan dijadual berdepan He Ji Ting-Tan Qiang dari China pada pusingan pertama.

Sementara itu, Kunlavut Vitidsam dari Thailand yang menewaskan pemain negara, Lee Zii Jia, muncul juara baharu perseorangan lelaki Terbuka Jerman 2022 selepas menundukkan lawannya dari India, Lakshya Sen 21-18, 21-15.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...