Pengasas Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiada “moral standing” untuk membangkitkan tentang isu peluang pekerjaan kepada golongan muda sempena PRN Johor.
Ahli Parlimen Muar itu sepatutnya muhasabah diri dan menilai apakah beliau telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk golongan belia sepanjang menjadi menteri.
Barangkali beliau terlupa peluang pekerjaan yang beliau usahakan untuk golongan belia adalah perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek.
Ternyata bukan pekerjaan yang diharap-harapkan oleh golongan belia berdasarkan janji-janji Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Pasti ramai masih ingat pada waktu cadangannya itu mendapat banyak kritikan atas faktor keselamatan dan sebagainya, beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan mempertahankannya.
Jadi Syed Saddiq tidak perlu lagi bermain naratif tentang peluang pekerjaan untuk golongan muda menjelang tarikh penting pada 12 Mac ini.
Lebih baik Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam lah Syed Saddiq memberi tumpuan terhadap isu membabitkan dirinya dan parti MUDA.
Termasuk sama ada penduduk DUN Tiram berbohong kepada Syed Saddiq atau Syed Saddiq yang berbohong kepada penduduk DUN Tiram berhubung wakil rakyat DUN tersebut.
Dan mengapa hasil audit firma pengauditan terhadap dana-dana diterima Syed Saddiq masih belum didedahkan kepada umum?
Dan apakah benar dakwaan parti MUDA ditaja oleh DAP dan taikun-taikun berkepentingan politik? Ini yang mahu rakyat Johor ketahui.
Mynewshub-