• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumbangan RM10,000 Keluarga Mangsa Maut Tanah Runtuh

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG JAYA : Kerajaan Selangor akan memberi sumbangan RM10,000 kepada setiap keluarga empat mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini, semalam.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pihaknya juga akan mempertimbangkan bantuan dan sumbangan kepada pemilik rumah terkesan lain akibat kejadian berkenaan.

“Kita ada empat mangsa yang meninggal dunia, kepada keluarga mereka kita beri RM10,000. Untuk sumbangan membabitkan rumah terkesan nanti, keutamaan kita keadaan semasa selamat.

“Kita akan umumkan bantuan dan sokongan lain. Kalau ikut format sebelum ini, kita sumbang RM500 untuk keperluan tambahan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Amirudin berkata, polis akan mewujudkan balai sementara di lokasi kejadian dan melakukan pemantauan 24 jam sehari bagi memantau situasi semasa.

“Polis akan wujudkan balai sementara dan penduduk terkesan boleh buat laporan terus di balai berkenaan.

“Penghuni di 48 rumah terjejas diharap dapat kosongkan kediaman dan jangan bimbang kerana polis akan melakukan rondaan hampir setiap masa,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Keluarga Mangsasumbangantanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sumbangan Diterima Serendah 50 Sen Hingga RM100, Betapa Kuatnya Sokongan Masyarakat Terhadap Najib – Cheng Guan

Sumbangan Diterima Serendah 50 Sen Hingga RM100, Betapa Kuatnya Sokongan Masyarakat Terhadap Najib – Cheng Guan

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Huan Cheng Guan berkata beliau dimaklumkan UMNO berjaya mengumpul lebih...

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd