• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Terengganu Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-258

oleh Mohd Arshad
09/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin pada Rabu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-258 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat itu berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 24 November dan 25 November 2021 yang dipengerusikan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Sebelum mempengerusikan mesyuarat yang bermula jam 11 pagi itu, Sultan Mizan berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama.

Sultan Mizan kemudian turut berkenan menanam pokok Ceri Terengganu (Lepisanthes alata) di pekarangan Istana Negara sebagai simbolik Sultan Terengganu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan menyaksikan Majlis Penanaman Pokok tersebut.

KKU dan Majlis Penanaman Pokok adalah cetusan idea Sultan Abdullah dan tidak pernah diadakan sebelum pelantikan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
KKU diadakan julung kalinya pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-254 manakala Majlis Penanaman Pokok pertama kali diadakan pada mesyuarat kali ke-255.

Mesyuarat dua hari bermula itu turut dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan, Pahang dan Johor.

Raja-Raja yang berangkat ialah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Sementara itu, Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah manakala Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.

Mesyuarat itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Premier.

-Sinar Harian

Tags: Mesyuarat Majlis Raja-RajaMesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-258pengerusisultan terengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adinda Sultan Terengganu Mangkat

Adinda Sultan Terengganu Mangkat

04/07/2023
0

KUALA TERENGGANU: Adinda kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Norhana Sultan Mahmud mangkat, pada jam 4.52 pagi ini....

PM Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Di Istana Negara

PM Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Di Istana Negara

30/11/2022
0

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd