Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

PM Arah 4 Agensi...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan empat agensi...

Anwar Kata PPBM Hanya...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MAB Tawar Diskaun 20%...

PUTRAJAYA - Malaysia Airlines Berhad menawarkan diskaun 20 peratus kepada guru sekolah dan pensyarah Institut Pengajian...

Mohamad Seru Kerajaan Dan...

SEREMBAN - Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru kerajaan dan seluruh...

Solat Rapat Saf Dibenarkan 1 April Di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Umat Islam di Pulau Pinang menerima ‘hadiah’ istimewa menjelang Ramadan apabila pelaksanaan solat berjemaah secara merapatkan saf di surau dan masjid seluruh negeri ini dibenarkan bermula 1 April ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, selain kebenaran untuk merapatkan saf, aktiviti tadarus al-Quran dan qiamullail di semua masjid serta surau sepanjang Ramadan ini juga dibenarkan dengan pemantauan pihak pengurusan masjid dan surau.

“Solat tarawih pula dibenarkan sehingga 20 rakaat dan kelonggaran untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah menunaikan solat tarawih turut diberikan. Bagi majlis berbuka puasa dan moreh pula mesti dijalankan mengikut kesesuaian prosedur operasi standard (SOP), malah bagi kapasiti anggota jemaah pula adalah berdasarkan keluasan ruang dalam masjid atau surau,” katanya selepas merasmikan Multaqa Murabbi Ummah peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti solat jemaah di masjid, surau atau upacara sembah­yang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini.

Ahmad Zakiyuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, ketetapan mengguna pakai SOP yang ditetapkan di peringkat Pusat berhubung solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal itu dibuat selepas pihaknya mengadakan perbincangan hari ini, dan jemaah diingatkan membawa sejadah sendiri.


Sementara itu, Sirajuddin berkata, Jakim sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan para Murabbi Ummah di semua negeri yang telah terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Seperti mana kita menghargai para doktor, jururawat dan sukarelawan, begitulah juga Jakim berterima kasih kepada para Murabbi Ummah,” katanya.

Tambahnya, pertambahan kuota guru takmir di seluruh negara seramai 1,000 orang menjadikan jumlah keseluruhan 5,000 orang pada tahun ini adalah berdasarkan nisbah jumlah masjid dan surau di seluruh negara.

Katanya, pertambahan kuota itu melibatkan kenaikan jumlah peruntukan RM10.8 juta setahun dan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM53 juta.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori