• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal Bermula 1 April

oleh Mohd Arshad
17/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan selaras dengan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik pada 1 April ini.

Kebenaran merapatkan saf itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata jemaah digalakkan membawa dan menggunakan sejadah sendiri ketika mengerjakan solat di masjid dan surau.

Beliau berkata, kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan tanpa had usia kepada mereka yang sudah menerima vaksinasi COVID-19.

Katanya, masjid dan surau dibenar melaksanakan solat sunat Tarawih 20 rakaat sepanjang Ramadan, manakala Qiamullail dibenarkan di masjid dan surau bermula tengah malam.

“Majlis berbuka puasa, moreh dan sahur dibenarkan di masjid dan surau, manakala makanan digalakkan disediakan secara berbungkus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Ajib berkata, aktiviti tadarus al-Quran di masjid dan surau dibenar diadakan pada bila-bila masa bersesuaian dalam bentuk kumpulan kecil.

Beliau berkata, semua kebenaran itu tertakluk kepada SOP ditetapkan selaras nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Diharapkan lebih ramai jemaah dapat mengimarahkan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan serta disaran terus bermunajat dan berdoa semoga penularan wabak COVID-19 melanda negara segera dapat dibendung, seterusnya mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT,” katanya.

Umat Islam di negara ini dijangka menyambut Ramadan pada 3 April ini.

-Berita Harian

Tags: Covid-19Penjarakan Fizikalsolat berjemaahSolat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tentera Rusia Serang Stesen Kereta Api Di Zaporizhzhia

Next Post

Jakim Masih Bawah Jabatan Perdana Menteri

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

Next Post

Jakim Masih Bawah Jabatan Perdana Menteri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd