• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Bersemuka Pelajar Sekolah Menengah Bermula 4 April

oleh AK-47
05/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Sesi persekolahan Penggal 1, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 bagi pelajar sekolah menengah akan dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu bermula 21 Mac.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kesemua pelajar menengah hanya akan hadir untuk sesi bersemuka bermula 4 April tanpa sebarang penggiliran pelajar.

Radzi berkata, ketetapan berkenaan tertakluk kepada semua Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah menengah pendidikan khas (SMKPK) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI).

Katanya, ia turut membabitkan pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Pra-Universiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara

“Untuk sekolah berasrama sepenuhnya, terdapat perbezaan dengan sekolah lain. Bagi pelajar berasrama sepenuhnya, pelajar yang dibenarkan masuk ke asrama pada 4 April ialah pelajar Tingkatan, 2, 3, 4, 5 dan Pra-Universiti, IBDP serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara

“Manakala pelajar Tingkatan 1 yang berjaya masuk ke sekolah berasrama perlu memilih sama ada menjalani PdPR atau menumpang di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan ke berasrama diumumkan,” katanya dalam hantaran video di laman Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun katanya, bagi sekolah swasta berasrama sepenuhnya yang mempunyai kapasiti untuk menguruskan keseluruhan pelajar, sekolah boleh beroperasi sepenuhnya termasuk membabitkan pelajar baharu Tingkatan 1.

Dalam pada itu katanya, untuk sekolah rendah yang mempunyai murid lebih 600 orang, murid yang akan hadir tanpa penggiliran melibatkan MBK di sekolah kebangsaan pendidikan khas (SKPK) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI).

Katanya, ia turut membabitkan murid prasekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 6 serta semua murid bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) manakala murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 pula hadir secara penggiliran.

-Utusan Online

Tags: PdPRSekolah Menengah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AirAsia Malaysia Kenakan Semula Surcaj Bahan Api Mulai 8 Mac

Next Post

Dua Ditahan, Penyokong KLCity, Selangor FC Bergaduh

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Ribut Petir, Hujan Lebat, Angin Kencang Diramal Melanda 4 Negeri

Gangguan Air Pulau Pinang: Sekolah Boleh Laksana PdPR

05/01/2024
0

GEORGETOWN: Seluruh sekolah di Pulau Pinang dibenarkan menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan gangguan bekalan air berjadual...

Next Post

Dua Ditahan, Penyokong KLCity, Selangor FC Bergaduh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd