• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Ditahan, Penyokong KLCity, Selangor FC Bergaduh

oleh Mohd Arshad
05/03/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Dua lelaki ditahan susulan pergaduhan yang tercetus membabitkan penyokong sejurus tamat perlawanan di antara Kuala Lumpur City (KL City) dan Selangor FC dalam aksi pertama Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata pergaduhan itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam, membabitkan sekumpulan penyokong kedua-dua pasukan bola sepak itu

“Sepasukan polis yang bertugas pada perlawanan itu bergegas ke lokasi pergaduhan untuk meleraikan keadaan yang sedang kecoh dan mengarahkan kesemua suspek untuk beredar.

“Bagaimanapun, dua daripadanya tidak mengendahkan arahan dan ditangkap kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhamad Idzam berkata, kedua-dua suspek iaitu lelaki tempatan berusia 22 dan 23 tahun itu kemudian ditahan di lokap Balai Polis Salak Selatan, di sini untuk tindakan lanjut.

“Mahkamah hari ini membenarkan kedua-duanya direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tiga hari sehingga Isnin ini untuk melengkapkan siasatan.

“Kita beri amaran keras kepada orang ramai agar tidak terbabit dengan sebarang kegiatan yang melanggari undang-undang dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Idzam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil membantu siasatan polis.

Katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Dalam perlawanan dua pasukan Lembah Klang itu malam tadi, kedua-dua pasukan berkongsi satu sama selepas terikat dengan jaringan 3-3.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video berkaitan kejadian pergaduhan berkenaan di media sosial dengan antaranya menunjukkan ada pihak membaling mercun dalam insiden itu selain perlakuan provokasi.

-Berita Harian

Tags: bergaduhKLCitypenyokongSelangor FC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Suar: Sultan Selangor Titah Hukuman Maksimum, Haram Masuk Stadium

Insiden Suar: Sultan Selangor Titah Hukuman Maksimum, Haram Masuk Stadium

03/02/2026
0

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan amat dukacita dan kecewa terhadap insiden membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu,...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd