• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Benar Rapatkan Saf Solat Berjemaah 1 April

oleh Mohd Arshad
27/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan supaya solat berjemaah di masjid dan surau di seluruh negeri itu dirapatkan saf mulai 1 April ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menerusi kenyataan memaklumkan ketetapan itu dibuat selepas baginda mengadakan satu rundingan bersama dengan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, JAIS, Timbalan Mufti Selangor, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) serta beberapa orang Ahli Dewan di-raja Selangor.

Katanya, baginda berkenaan membuat penelitian dan memperhalusi beberapa perkara untuk mengelakkan kesan mendalam akibat COVID-19, di samping memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dan institusi masjid serta surau terus berfungsi sebagai pusat ibadah di Selangor.

“Baginda juga berkenan solat tarawih dibenarkan untuk dilaksanakan dengan 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini di semua masjid dan surau di negeri ini.

“Hanya individu berumur 18 tahun dan ke atas yang lengkap dua dos vaksin COVID-19, membawa sejadah dan memakai pelitup muka sahaja dibenarkan hadir ke masjid dan surau.

“Individu yang bergejala diminta menangguhkan daripada menghadiri sebarang aktiviti di masjid dan surau sehingga tahap kesihatan dapat dipastikan demi menjaga kesejahteraan jemaah lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa bimbang dengan penularan wabak COVID-19 yang masih tinggi di Selangor.

Justeru katanya, baginda menasihati rakyat Selangor untuk terus berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengikuti semua arahan yang dikeluarkan oleh kementerian dari semasa ke semasa.

“Baginda masih bimbang penularan wabak COVID-19 masih tinggi di Selangor yang mencatat jumlah kematian sebanyak 10,413 setakat 19 Mac lalu dengan lebih 50 peratus daripadanya adalah orang Melayu.

“Oleh yang demikian, baginda menasihati rakyat Selangor agar tetap berhati-hati dan terus mematuhi SOP serta mengikuti semua arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Covid-19Penjarakan FizikalRapat Safselangorsolat berjemaahSOP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) membantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam (RIBI) 2025 di Selangor yang...

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam Tidak Terpakai Di Kawasan Komersial Sedia Ada

30/05/2026
0

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa garis panduan larangan bagi rumah ibadat selain Islam di kawasan komersial di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd