• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Benar Solat Berjemaah Rapat Saf Mulai 1 April

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : Solat Jumaat, fardu, sunat, khutbah dan wirid selepas solat dibenarkan tanpa penjarakan fizikal di semua surau dan masjid di Sarawak selaras Fasa Peralihan Endemik seluruh negara pada 1 April ini.

Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan di sebalik kelonggaran yang diberi, prosedur operasi standard (SOP) utama yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19 harus dipatuhi.

Aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti pengajian, kuliah, ceramah, kursus, bengkel, tadarus, tahlil, berbuka puasa, moreh, qiamullail, sahur, iktikaf dan khatam al-Quran juga dibenarkan namun dengan pematuhan kepada SOP penjarakan fizikal.

“Penganjuran aktiviti sosial yang sesuai diadakan di masjid dan surau juga dibenarkan dengan penjarakan fizikal, manakala jamuan dibenarkan mengikut SOP COVID-19 semasa. Pengurusan dan pengkebumian jenazah yang tiada kaitan dengan COVID-19 adalah dibenarkan dengan penjarakan fizikal,” kata kenyataan itu.

Menurut MIS, orang ramai harus menggunakan pelitup muka sepanjang masa, mendaftar kehadiran melalui Mysejahtera sebelum masuk ke dalam masjid serta surau dan digalakkan membawa sejadah atau alas sujud sendiri.

Bagaimanapun, individu masih dalam tempoh notis kuarantin COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau yang mempunyai gejala demam, selsema, batuk atau sesak nafas dilarang menghadiri solat dan semua aktiviti lain di masjid dan surau.

“Semua SOP COVID-19 hendaklah dipatuhi seperti ditetapkan oleh KKM, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB).

“Jawatankuasa pengurusan masjid dan surau bertanggungjawab menguatkuasakan pelaksanaan SOP yang ditetapkan itu. MIS dengan kelulusan JPBN Sarawak boleh mengubah atau meminda SOP itu dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” kata MIS.

-Berita Harian

Tags: sarawakSolat Berjemaah Rapat Saf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd